Selasa, 3 Januari 2012

Pantun : gadis dan jodoh

Merdu sungguh nyanyian si gadis,
Bukan untuk menggoda lelaki,
Kenapa bersedih wahai gadis?
Adakah kerana seorang lelaki?

Cerita itu begitu sadis ,
Sehingga mampu menyentuh hati Sal ,
Jangan begitu wahai gadis,
Kerana kelak kamu akan menyesal.

Naik kereta dengan Papa,
Untuk pergi kedai Pak Ramu ,
Kamu ingin tahu kenapa?
Sebab mungkin dia bukan jodohmu .

Pak Abu ada seorang anak gadis,
Orangnya rajin melayan tetamu,
Janganlah membuang masamu wahai gadis,
Mengejar lelaki yang bukan jodohmu.

Isteri Pak Mat bernama Mak Esa,
Orangnya cantik lagi baik ,
Berdoa sahaja pada Allah Yang Esa ,
Agar dikurniakan jodoh yang baik.

Pergi Rawang naik kereta,
Turun kereta jalan kaki,
Sesungguhnya Dia itu maha Pencipta,
Diciptakan mu dari tulang rusuk lelaki .

Makan cendol dengan abang,
Cilok sedikit dari mangkuknya,
Usah risau usah bimbang,
Lelaki itu pasti mencari tulung rusuknya.

Baca buka La Tahzan Wahai Gadis,
Baca bersama anak Mak Leha,
Apa tunggu lagi wahai gadis?
Siapkanlah diri mu menjadi wanita solehah.

Pergi Popular dengan Papa,
Mencari buku untuk Mak Leha,
Kamu tahu kenapa?
Kerana lelaki soleh untuk wanita solehah.


p /s : Kelakar pulak rasanya . Yelah umur baru nak masuk 17 tahun dah cakap pasal jodoh . Tapi  ini yang terlintas . Terima kasih Ya Allah kerana ilham kan pantun ni .
p/s : thnks google untuk ayat Al Quran itu :D . Banyak kekurangan dalam pantun ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan