Jumaat, 20 Januari 2012

Untukmu Sahabatku




Assalamualaikum ku ucapkan,
Kepadamu wahai sahabat,
Aku menaip hanyalah satu tujuan,
Untuk memberi pendapat,
Bukan untuk "mengecilkan hatimu",
Ku lihat atas,
Ku lihat bawah ,
Ku lihat depan,
Ku lihat belakang,
Begitu banyak perubahan dalam dirimu,
Bukan aku tidak suka akan perubahan itu ,
Cuma ianya kurang menyenangkanku,

Kalau dulu,
Dirimu bukanlah begitu ,
Dirimu yang ku kenal ,
Pandai menjaga batas dalam pergaulan,
Rajin dan tidak akan sekali kali membuang masa,
Kalau dulu,
Semua kerjamu perfect ,
Tidak akan sekali pon kamu melupakan buku,
Tidak sesekali kamu meninggalkan buku,

Tetapi sekarang,
Kamu sudah berubah,
Terlalu banyak perubahan dalam dirimu ,
Batas yang dijaga dulu,
Entah kemana hilangnya,
Rajin yang ada padamu dulu,
Entah kemana lesapnya,
Gelaran ulat buku itu ,
Entah kemana kuburnya,

Aku masih ingat tentang pelawaan mu,
Pelawaan untuk sama sama berubah,
Berubah menjadi muslimah berjaya,
Di dunia dan akhirat,
Memadam segala tabiat buruk,
Mengupdate tabiat baik,
Tetapi kamu masih mengulangi tabiat buruk itu,
Walaupun kita sama sama sudah memadamnya,

Bukan aku tidak mahu menegurmu,
Menegurmu secara "face to face",
Tetapi aku tiada kekuatan,
Aku risau akan riaksimu,
Aku risau tentang perasaanmu,
Aku risau tentang persahabatn kita,
Aku tidak mahu persahabatan ini putus,

Jadi,
Aku gunakan blog ini sebagai medan,
Untuk memanggilmu,
Kembali kepada dirimu yang dahulu,
Aku juga ingin memohon maaf ,
Jika apa yang aku taip ini,
Menyakiti hatimu .






4 ulasan:

  1. salam along:)
    along,sajak dan pantun2 nih along buat sendiri ea?BEST!!!..:)

    BalasPadam
  2. wslm kak :)
    a'ah ..biasa je kak .. terima kasih ..
    kak,, balik lah malaysia cepat ...
    kami semua rindu akk :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah, along ade bakat nih..boleh lah jadi sasterawan negara ke, penulis berjaya ke kalau cuba:)insyaAllah..
      emm,insyaAllah.akak pun nak balik cepat jugak..rinduuuu dgn semua..doakan akk berjaya di tahun akhir ni...kirim slm pada keluarga ea..:)<3

      Padam
  3. tak de lah kak .. biasa je.. insyaAllah . aminn
    insyaAllah.. akk bljr baik2 kat sana yee ..

    BalasPadam