Khamis, 21 Februari 2013

Ku lihat kanak-kanak disini
Begitu asyik dengan dunia mereka
Bagai tiada apa yang perlu dirisaukan
Bagai tiada apa-apa musibah 
Yang bakal menimpa

Namun ini berbeza
Dengan kanak-kanak di Gaza
Dimana hidup mereka tidak tenang kerna
Lepas satu , satu  keluarga mereka dibunuh
Mereka hidup dalam ketakutan
Mereka hidup dalam tangisan
Mereka hidup dalam kekeliruan

Mengapa lepas satu, satu keluarga aku dibunuh?
Mengapa negara aku diserang?
Mengapa , mengapa dan terus mengapa?
Persoalan yang muncul di benak mereka

Kejadian yang menimpa diri mereka ini
Telah membuatkan mereka kuat
Berani menentang musuh
Bagi menegakkan keadilan !


Rabu, 20 Februari 2013

seorang gadis

Gadis itu
Seringkali di pandang serong
Oleh masyarakat disekelilingnya
Kononnya gadis itu
Kolot ! tidak up to date !
Apabila memakai jilbab labuh
Apabila mengajak berbuat baik
Apabila tidak bergaul bebas
Apabila tidak bersalaman
Dengan bukan mahramnya

Begitu hebat
Sindiran yang diterima
Oleh gadis itu
Dari masyarakat sekelilingnya
Begitu pedih hatinya
Menahan segala tomahan

Namun dia bukanlah
Sebarangan gadis
Yang membiarkan dirinya tewas
Dengan ujian dunia yang sementara ini

Baginya Allah sentiasa ada
Bersamanya dikala susah mahupun senang
Hanya pada Allah tempat untuk dia mengadu
Sesungguhnya hidup dia hanyalah
Untuk mendapat keredhaan Allah
Semata bukan untuk menyenangkan hati
Manusia