Jumaat, 13 September 2013

Emosi

Jika aku gembira
Tidak bermakna aku bahagia
Jika aku menangis
Tidak bermakna aku derita
Jika aku kesunyian
Tidak bermakna aku kehilangan
Jika aku marah
Tidak bermakna hati aku sakit

Kadangkala
Emosi itu perlu dipelbagaikan
Bosan !
Jika satu watak saja
Diketengahkan
Bosan !
Jika kita perlu marah
Akan kesilapan diri sendiri
Bosan !
Jika kita perlu menangis
Akan layanan orang lain terhadap kita
Bosan !
Jika kita perlu kesunyian
Apabila berjauhan dengan keluarga

Tuntasnya
Manusia punya pelbagai emosi
Agar hidup ini tidak bosan

p/s : rindu ibuayahangahatinacuroszaidarumahkeluargasemuasekali . Serius skrg bosn sbb roomate semua balik :(