Khamis, 26 Januari 2012

Kekuatan dan ketabahan

Bangunnya aku dari sebuah mimpi
Mimpi yang sangat ngeri
Mimpi itu yang mengajar aku erti perubahan
Dari situ aku berubah

Namun perubahan yang aku lakukan
Begitu banyak dugaannya
Dugaan yang tanpa henti
Halangan yang tanpa jemu
Berhadapan dengan aku

Aku sedar akan hal itu
Jadi aku harus
Harus mengumpulkan
Segala kekuatan
Harus meningkatkan
Segala ketabahan
Untuk mengharungi semua ini

Jadi aku bermohon Ya Allah
Berilah aku kekuatan
Berilah aku ketabahan
Yang tinggi
Untuk mengharungi semua ini
Sesungguhnya Ya Allah
Aku lemah
Teramat lemah
Tanpa bantuan dan pertolongan
Daripada Mu Ya Allah
Tuhan semesta alam


Rabu, 25 Januari 2012

Petua menjadi pelajar cemerlang




  Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
1.    01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
2.    02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
3.    03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.
"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.
Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.
4.    04.Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.
5.    05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.
Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.
6.    06.Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah
"Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."
7.    07.Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.
Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.
" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]
" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]
"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]
"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]





Jumaat, 20 Januari 2012

Untukmu Sahabatku




Assalamualaikum ku ucapkan,
Kepadamu wahai sahabat,
Aku menaip hanyalah satu tujuan,
Untuk memberi pendapat,
Bukan untuk "mengecilkan hatimu",
Ku lihat atas,
Ku lihat bawah ,
Ku lihat depan,
Ku lihat belakang,
Begitu banyak perubahan dalam dirimu,
Bukan aku tidak suka akan perubahan itu ,
Cuma ianya kurang menyenangkanku,

Kalau dulu,
Dirimu bukanlah begitu ,
Dirimu yang ku kenal ,
Pandai menjaga batas dalam pergaulan,
Rajin dan tidak akan sekali kali membuang masa,
Kalau dulu,
Semua kerjamu perfect ,
Tidak akan sekali pon kamu melupakan buku,
Tidak sesekali kamu meninggalkan buku,

Tetapi sekarang,
Kamu sudah berubah,
Terlalu banyak perubahan dalam dirimu ,
Batas yang dijaga dulu,
Entah kemana hilangnya,
Rajin yang ada padamu dulu,
Entah kemana lesapnya,
Gelaran ulat buku itu ,
Entah kemana kuburnya,

Aku masih ingat tentang pelawaan mu,
Pelawaan untuk sama sama berubah,
Berubah menjadi muslimah berjaya,
Di dunia dan akhirat,
Memadam segala tabiat buruk,
Mengupdate tabiat baik,
Tetapi kamu masih mengulangi tabiat buruk itu,
Walaupun kita sama sama sudah memadamnya,

Bukan aku tidak mahu menegurmu,
Menegurmu secara "face to face",
Tetapi aku tiada kekuatan,
Aku risau akan riaksimu,
Aku risau tentang perasaanmu,
Aku risau tentang persahabatn kita,
Aku tidak mahu persahabatan ini putus,

Jadi,
Aku gunakan blog ini sebagai medan,
Untuk memanggilmu,
Kembali kepada dirimu yang dahulu,
Aku juga ingin memohon maaf ,
Jika apa yang aku taip ini,
Menyakiti hatimu .






Rabu, 18 Januari 2012

Selasa, 17 Januari 2012

Air mata


Wahai air mata ,
Janganlah mengalir lagi ,
Cukup lah dear,
Berhentilah ,
Sudah banyak kali anda mengalirkannya,
Terima lah sebagai dugaan,
Terimalah ia sebagai penghapus dosa,
Terimalah wahai diri ,
Anda perlu kuat ,
Banyak lagi halangan yang mendatang,
Ingatlah ayat ini,
Bukan senang nak senang,
Bukan susah nak susah ,
Ingatlah diri ,
Allah sentiasa bersama mu,
Ukirlah senyuman itu,
Demi kebahagianmu .

Jumaat, 6 Januari 2012

Dugaan hari ini

Jalan kaki ke Hari Hari,
Untuk membeli baju Aiman,
Assalamualaikum wahai diri,
Sihatkah fizikal,mental serta iman?

Sentiasalah berdoa kepada-Nya,
Agar hidup bahagia di hari kemudian,
Bukan apa aku bertanya,
Saja aku inginkan kepastian.

Pergi klinik jumpa Doktor Ani,
Ambil ubat untuk ditelan,
Begitu seronok hari ini,
Kerna banyak pahit perit aku telan.

Pergi berkhelah dengan Kak Niri,
Berkhelah di tengah tengah hutan,
Aku sedar wahai diri,
Itu semua adalah dugaan.

Bersiar siar di Tanjung Kling.
Beli keychin untuk dijadikan buah tangan,
Betulah kata orang sekeliling,
Semakin ingin berubah semakin banyak dugaan,


P / s : i must be strong to deal with these :)
p /s : Bersyukurlah kerana ada orang yang lagi hebat dugaannya
Tq : Mr google :)

Selasa, 3 Januari 2012

Pantun : gadis dan jodoh

Merdu sungguh nyanyian si gadis,
Bukan untuk menggoda lelaki,
Kenapa bersedih wahai gadis?
Adakah kerana seorang lelaki?

Cerita itu begitu sadis ,
Sehingga mampu menyentuh hati Sal ,
Jangan begitu wahai gadis,
Kerana kelak kamu akan menyesal.

Naik kereta dengan Papa,
Untuk pergi kedai Pak Ramu ,
Kamu ingin tahu kenapa?
Sebab mungkin dia bukan jodohmu .

Pak Abu ada seorang anak gadis,
Orangnya rajin melayan tetamu,
Janganlah membuang masamu wahai gadis,
Mengejar lelaki yang bukan jodohmu.

Isteri Pak Mat bernama Mak Esa,
Orangnya cantik lagi baik ,
Berdoa sahaja pada Allah Yang Esa ,
Agar dikurniakan jodoh yang baik.

Pergi Rawang naik kereta,
Turun kereta jalan kaki,
Sesungguhnya Dia itu maha Pencipta,
Diciptakan mu dari tulang rusuk lelaki .

Makan cendol dengan abang,
Cilok sedikit dari mangkuknya,
Usah risau usah bimbang,
Lelaki itu pasti mencari tulung rusuknya.

Baca buka La Tahzan Wahai Gadis,
Baca bersama anak Mak Leha,
Apa tunggu lagi wahai gadis?
Siapkanlah diri mu menjadi wanita solehah.

Pergi Popular dengan Papa,
Mencari buku untuk Mak Leha,
Kamu tahu kenapa?
Kerana lelaki soleh untuk wanita solehah.


p /s : Kelakar pulak rasanya . Yelah umur baru nak masuk 17 tahun dah cakap pasal jodoh . Tapi  ini yang terlintas . Terima kasih Ya Allah kerana ilham kan pantun ni .
p/s : thnks google untuk ayat Al Quran itu :D . Banyak kekurangan dalam pantun ni.