Rabu, 19 Disember 2012

Satu Soalan Buat Hawa.
Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.

Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras belikat. baju lengan pendek. stylo.

Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOW.

***

Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang korang nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?

Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

Satu soalan buat hawa, apa tujuan korang berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup korang akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan seorang yang up-to-date? nahh~

Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan korang? akan menjadikan korang hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?

Baca ni ;

Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan. tahu? jadi bersederhanalah!~


p/s : utk diri sndiri juga :)

Rabu, 28 November 2012

Merdeka

Asslammualaikum :)

Alhamdulillah spm is over ! bersyukur sgt  ! sepanjang spm berlangsung , tidur tak lena . Tidu pon mimpi psl exam ! dahsyat betul penangan spm ni . now , risau tentang result . yeah ! mmg amat menggerunkan . harap2 semuanya baik :D
Beberapa minit sebelum msuk dewan utk paper terakhr !

Sabtu, 10 November 2012

5 lagi

Assalamualaikum ,

Alhamdulillah 4 subjek telah berjaya dijawab . Tinggal lagi 5 ! Nampak macam sikit . Padahal , satu subjek tu ade 2-3 paper . Fuh ! semangat sikit syafiqah ! Nak cepat habis ! Tapi takut nak jawab soalan2 spm ni . k Good Luck :) fighting !

p/s : baliklah pls !

Ahad, 4 November 2012

Esok


Assalamualaikum ,

Ehem ! suara okey . Esok SPM bermula ! dupdapdupdap hati ini . Setelah lama tunggu kekasih hati ini , akhirnya esok dia datang juga . Perasaan ketika ini bercampur baur . Tekanannya makin terasa . Ya Allah ! tabahkanlah hati ini untuk menghadapi hari esok !

Kepada kawan2 , "korng , good luck k, do your best  ! fighting !"

Dan kepada diri ini ,  " Good luck syafiqah ! do the best k !  Ingat Tanta yeah dear ! "

p/s : good luck juge utk rkn2 sperjuangan yg lain !
p/s : terima kasih kepada yg wish , sesungguhnya , kata2 semngt kalian telah menaikkn semgt diri ini ! Kak iqa ! thnks tau ..

Selasa, 30 Oktober 2012

Pujuklah diri kamu apabila kamu menghadapi musibah dengan mengatakan, "ada hikmah disebalik apa yang berlaku"

p/s : mungkin budak yang curi tu , anak org sush .. dia memerlukan duit .. at least , kte dpt derma :(

Isnin, 29 Oktober 2012

6 hari lagi

Syafiqah ! janganlah down ! bangunlah ! :'(

p/s : wahai hati , kuatlah kau hadapi semua ini !

Ahad, 28 Oktober 2012

7 hari lagi

Ramai orang beranggapan
Diri ini seorang
Yang kuat semangat
Hakikatnya
Diri inilah
Orang pertama yang
Akan membasihi bumi
Dengan linangan air mata

Happiness & success come to those who r patient when being tested,Get up when they fall,Pray,no matter wht.'Redha' in wht Allah gives us all "

p/s : syafiqah ! ingat dentist ! ingat Tanta ! insyaAllah  :)

Selasa, 23 Oktober 2012







Quote from Mufti Ismail Menk

"Every successful person has a painful story & every painful story has a successful end. 

Learn to accept pain & prepare for ultimate success."

13 hari lagi kot


Amiiiinnn~

p/s : terima kasih kak nis kerana menge"share" ini ..
p/s : Kalau malu , cmn nak tegur .. ape dh syafiqah nii !!

Jumaat, 12 Oktober 2012

sang mantan


Dulu aku kau puja
Dulu aku kau sayang
Dulu aku sang juara
Yang selalu engkau cinta
Kini roda telah berputar

Kini aku kau hina
Kini aku kau buang
Jauh dari hidupmu
Kini aku sengsara
Roda memang telah berputar

Mana janji manismu
Mencintaiku sampai mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku terpuruk sendiri

Akulah sang mantan
Akulah sang mantan

Sakit teriris sepi
Ketika cinta telah pergi

Akulah sang mantan
Akulah sang mantan

Mana janji manismu
Setia sampai aku mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku jatuh dan sendiri
Mana janji manismu

Mencintaiku sampai mati
Kini engkau pun pergi
Saat ku terpuruk sendiri

Akulah sang mantan
Akulah sang mantan

Akulah sang mantan
Akulah sang mantan
Mana janji-janjimu

Jumaat, 5 Oktober 2012

spm


Dupdapdupdap ..
4 Minggu lagi ~

p/s : 60 % saya sudah bersedia .. yeah perang !!

Selasa, 2 Oktober 2012

Ayah , Ibu !
Along nak pergi Mesir macam kak nis ngn kak sue !

Khamis, 20 September 2012

Tanpa kita sedari,
 ada orang yang mendoakan kita...
Tanpa kita ketahui,
 ada orang yang ingin menjahanamkan kita. 
Kerana itu,
 dinding diri dengan DOA

Selasa, 18 September 2012

Trial SPM

Usaha = done
Doa  = done
Tawakal = done

p/s : sekiranya Trial ngeri slngr dibuat semula, kte sokong 100%

Sabtu, 25 Ogos 2012

Raya 2012

Sudah sebulan kita berpuasa
Menahan lapar dan dahaga
Kini ramadan meninggalkan kita
Tanda syawal menjelma

Bulan syawal bulan mulia
Di mana manusia datang beraya
Untuk mengeratkan hubungan sedia ada
Agar lebih erat hendaknya

Tidak lengkap rasanya
Andai tidak bermaaf- maafan di hari raya
Memohon maaf kepada yang tua mahupun muda
Kepada semua sanak saudara 




Selamat Hari Raya !!
Maaf zahir dan batin ..
Andai terkasar bahasa , terpukul sini sana .. :)

p/s : kpd yg mngesend msj raya tu , meksh bnyk2 .. bukn tak nk bls blik .. tp tk de kdit .. hehe .. kpd budk SPM 2012 .. Good Luck for trial :D

Selasa, 24 Julai 2012

21092008


Sudah 4 tahun ramadhan itu
Berlalu , pergi meninggalkan
Seribu satu kenangan indah
Pada ramdhan itu 
Aku mula belajar
erti remaja itu sendiri
Erti persahabatan
Erti kasih sayang
Dan segala benda baharu

Namun, ramadhan
Itu telah berlalu pergi
Jauh meninggalkanku
Bersama segala kenangan yang tercipta
Sungguh, aku merindui
Ramadhan itu
Ingin sahaja aku kembali 
Ke 4 tahun yang lalu
Demi membetulkan
Kesilapan diri ini

Andai diri ini
Tidak tersilap bicara
Persahabatanku bersamanya
Pasti kekal hingga kini
Tanpa berlaku permusuhan.

p/s : arghhh !! rindunya pada 21.9.2008 !! Ya Allah , Perliharalah sahabat ku itu, limpahkanlah rahmat dn rezekimu terhadapnya Ya Allah !
p/s : kalau org tu bace, "yeaaa ! ini mmg tuk awk !"

Jumaat, 20 Julai 2012

Ramadan

Kehadiranmu amat dinanti-nantikan
Oleh setiap muslim di dunia
Tidak kira di utara selatan
Timur mahupun barat

Kehadiranmu membawa seribu satu 
Rahmat untuk setiap muslim
Yang mengisi masanya
Dengan bermunajat kepada Allah

Kehadiranmu dirindui
Kerna, dengan hadirmu
Dapat mengeratkan hubungan
Hamba kepada sang Pencipta

Kehadiranmu dihitung
Kerna, dengan hadirmu
Dapat meningkatkan
Pahala setiap muslim

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN
Semoga amalan setiap muslim di dunia ini
Diberkati dan diredhai oleh Allah
Jangan puasa yangyok yee!

Khamis, 19 Julai 2012

Bukan milikku

Bukan milikku
Andai barang yang
Dibawa terlepas
Jatuh ke tanah

Bukan milikku
Andai mimpi yang
Diidamkan tidak
Menemani malam-malamku

Bukan milikku
Andai harapan yang
Diangankan tidak
Membela nasib ku

Bukan milikku
Andai seseorang yang
Didambakan tidak
Wujud di alam realiti ini




Ahad, 15 Julai 2012

Count On Me

Ahad, 8 Julai 2012

Hidup di dunia

Kadang kadang
Hidup ini tidak semuanya indah
Tidak semuanya sedih
Tapi hidup ini ada semua
Semua bergabung menjadi satu.

Oleh kerana itu
Kita dapat merasa
Menilai dan menghayati
Segala apa yang berlaku
Tanpa rasa menyesal
Kerna tidak berpeluang
Mengalami semua ini.

Kadang kadang
Orang yang senang
Tidak selamanya senang
Begitu juga orang yang susah
Tidak selamanya susah.

Ini adalah kerana
Dunia ini ada pasang surutnya
Macam air laut
Ada waktu muncul
Ada waktu ianya surut.

Jadi sebagai manusia
Kita haruslah bersedia hadapi semua ini
Hadapi segala dugaan ,cabaran
Dan onak duri kehidupan.

Andai dirimu jatuh
Maka, bangkitlah!
Jangan biarkan dirimu terus tersungkur
Kerna dirimu masih ada ALLAH
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang .

kenangan

Assalamualaikum :)


Ehem ! Yang ini memang betul2 kenangan . Gambar ini diedit masa form 3 dulu . Kononnye nak bagi semangat kat diri sendiri . Huhu . 


Isnin, 2 Julai 2012

Terus terang saya katakan, merekalah yang membakar semangat saya untuk mencapai cita-cita

Ahad, 1 Julai 2012

seminar motivasi


Terima kasih sebab sudi menemani kita mengikuti seminar motivasi tu (^_^) v
Kalau korang takde , kita mesti tak dapat pergi ...
Sayanggg koranggg <3

Isnin, 18 Jun 2012

This June



Happy Birthday Nur Fatin Afiqah !!
Ko dah tua :)
Semoga ko berjaya dunia akhirat !
Di murahkan rezeki !
Senyum sokmo 

~ 16 jun 1995 ~


Happy Birthday Nurul Syaqirah !!
Atin dah tua juge :D
Semoga atin dapat jadi anak dan adik yang solehah yee ..
Along sayang atin ..
senyum sokmo yee

~17 jun 2002~


Happy Father Day , Ayah !
You are my hero !
Terima kasih ayah untuk segala apa yang ayah telah korbankan untuk along ..
Along nak mintak maaf sebab selalu buat ayah marah ..
Tahun ni along SPM , along akan buat yang sebaik mungkin !
Along nak buat ayah tersenyum sampai telinga !
Along sayangg kat ayah !
Hari2 hari Ayah :D

~17 jun 2012 ~




Sambutan Hari lahir fatin !!
teramat2lah seronok !
terima kasih kerana sudi datang rumah kita yee ..
Korang memang best ..
Sahabat dunia akhirat yeee ..
Syang semuaaa <3

Khamis, 7 Jun 2012

Trial and SPM !

5 Bulan sahaja lagi SPM bakal tiba . Dupdapdupdap jantung ni . Orang akan cakap " Alaah, lambat lagi" . Lambat lagi ke? urrr , cuba tolak masa makan,tidur,tgk tv,bukak fb dan semua nye . Mungkin tinggal 3bulan kot . Argghh ! dapat rasakan tekanannye sekarang ini . Banyak yang masih belum ulangkaji !!

Oke ! trial lak lebih kurang 2 bulan daripada sekarang ! wahhh !! lagi super duper stress cam gini . Oke cool syafiqah !

Isnin, 4 Jun 2012

My family


Terima kasih Ya Allah atas kurniaan ini 
Ini merupakan harta yang termahal saya punya
Saya sayang mereka semua <3

Selasa, 15 Mei 2012

Cita cita



Tengok video ni rasa macam tercabar . Nak jugak bljr cmni . chaiyok!

Selasa, 8 Mei 2012

Nasib kucing juga berbeza

Kucing itu merupakan
Salah satu haiwan kesayangan Nabi
Kecomelan pada kucing itu
Mampu menawan hati setiap manusia

Tetapi kucing ini
Tidak mampu
Untuk menawan hati setiap manusia
Seperti yang kucing itu mampu

Mungkinkah kerna kucing itu
Mempunyai hati yang baik?
Mungkinkah kerna kucing ini
Mempunyai hati yang jahat?

Adakah alasan sebegini
Yang menyebabkan
Kucing itu dipandang
Kucing ini tidak dipandang oleh manusia?

Ouh semestinya tidak
Kucing itu dipandang
Kerna mempunyai bulu yang halus
Sempurna fizikalnya

Tetapi kucing ini tidak
Kucing ini mengalami kecacatan ditelinganya
Mengalami kecacatan diekornya
Mengalami kecacatan dikakinya

Ku lihat ramai manusia
Memerhatikan kucing itu
Membelai kucing itu
Mengendong kucing itu

Tetapi tiada seorang pon manusia
Mendekati kucing ini
Membelai kucing ini
Mengendong kucing ini

Kasihan aku pada nasib kucing ini
Mungkin baginya ini semua takdir
Ini semua hanya sementara
Dimana kesengsaraan akan
Berubah kepada kegembiraan

Kucing 'ini' lebih kurang cmni cuma dye tak sempurna dibhgian telinga dn ekor

p/s : kesian kucing "ini" tadi . ekornya berdarah . tp dye tak mengiau pon . kuatnye dia . kan bagus kalau ko pon cmtu syafiqah :'(

exam

Assalamualaikum :)

Hari ini dah mula exam . Susah but Alhamdulillah dapat jawab . At least tak tinggal satu pon  :p .  Esok Bi pula. Agak stress jugak . Ehem ! agaknya mata ni dah kering kontang kot . Sebab air dia tak mengalir . Betul kot apa yang orang cakap , bila kita sedih or wht else , tp kita tak kluarkan air mata , hati kte akan sakit . Sekarang tengah rasa semua itu . Huhu . Rasa macam teramat amat memerlukan seseorang untuk mengadu . But , tak  tahu nak cerita , nak kongsi cerita ni kat siapa . Nak cerita kat kawan2 takut diaorg lak tension and takut membebankan lagi diorg . Nk citer kat ibu , ibu selalu sibuk . Hurm :'(


Rabu, 25 April 2012

tanpa sedar

Tanpa aku sedar
Masa itu telah pun berlalu
Meninggalkan ku kesendirian
Mengenang nasib diri

Tanpa aku sedar
Kau lah puncanya
Yang membuatkan ku
Jatuh, tenggelam
meratapi nasib diri

Tanpa aku sedar
Kau juga telah
Memanggil , Menjemput
Aku ke alam yang lebih baik

Tanpa aku sedar
Aku bukan yang teruk itu lagi
Bukan yang hina itu lagi
Bukan segala-gala yang buruk

Tanpa aku sedar
Aku gembira akan perubahan ini
Gembira akan ketenangan ini
Gembira atas segala yang baik

Tanpa aku sedar
Nama mu itu yang sering aku sebut
Di dalam setiap doaku
Kepada Allah yang Esa

Tanpa aku sedar
Mata ini sering mengeluarkan
Titisan mutiara
Apabila terkenangkan dirimu

Aku berharap
Suatu hari nanti
Aku akan betemu dengan "kau"
Yang menjadi inspirasi kepada ku

p/s : khas untuk "AKEK"

Isnin, 19 Mac 2012

Terima kasih Ya Allah

Assalamualaikum  :)


Walaupun jauh
Tetapi aku tahu
Dia ada disini
Di dalam hatiku ini

Aku dapat merasakan
Kehadirannya dimana saja
Aku berada
Apa saja aku lakukan

Dia tidak pernah
Meninggalkan ku sendirian
Dia tidak pernah
Membiarkan ku merasai
Derita itu sendirian

Dia pasti mengurniakan ku
Ubat di setiap luka
Yang aku alami
Pada ketika itu

Dia telah kurniakan aku
Keluarga yang memahami
Rakan-rakan yang simpati
Dengan apa yang aku kongsi

Begitu mulianya Allah itu
Kerna telah kurniakan
Aku apa yang dihajati
Jadi, sebagai hambaMu
Aku bersyukur Ya Allah






Jumaat, 16 Mac 2012

"Ya Allah , simpankanlah dia buat diriku"


p/s : terima kasih kepada yang mengingatkan
p/s : WNWMN :)


Rabu, 14 Mac 2012

kanak-kanak itu

Kanak-kanak itu
Ku lihat sedang bergembira disini sana
Terserlah keseronokkan mereka 
Bergaul mesra bersama teman

Terserlah kecomelan mereka
Mengenakan pakaian pelbagai warna
Terserlah nur di wajah mereka
Kerana tiada dosa yang dikumpulnya

Terserlah keanak-anakan mereka
Apabila terlihat motor aiskrim
Terserlah kecerian mereka
Apabila mendapat apa yang dihajati

Istimewanya mereka
Dapat aku rasakan
Tetapi kenapa tidak 
Individu yang lain?

Individu itu sanggup menculik
Sanggup menyeksa
Sanggup membakar
Kanak-kanak yang tidak berdosa ini

Betapa sedih aku rasakan
Apabila manusia dilayan seperti binatang
Betapa sedih aku rasakan
Apabila kanak-kanak yang menjadi mangsanya

p/s : AL -FATEHAH untuk adik ... dan juga kanak2 di syria

Isnin, 27 Februari 2012

Aku tidak punya apa-apa

Aku ini hanyalah manusia biasa
Yang tidak punya apa-apa
Tiada kelebihan yang perlu dibanggakan
Tiada kekurangan yang perlu ditangiskan

Aku merasa amat bahagia
Dengan apa yang aku punya
Walaupun kadangkala
Aku mencemburui
Dengan apa yang orang lain miliki

Kerna apa?
Kerna,aku tidaklah secantik mereka
Kerna,aku tidaklah sepandai mereka
Kerna,aku tidaklah sekaya mereka
Kerna,aku tidak layak,
Memasuki sekolah pandai seperti mereka

Mungkin kerna itu
Aku dipandang rendah oleh mereka
Mungkin kerna itu
Keluargaku juga tidak dilayan seperti yang lain

Puas aku menangis
Mengenangkan nasib itu
Puas aku menangis
Meratapi semua ini

Akhirnya, aku tenang
Aku mula terfikir
Bahawa, Rasulullah juga pernah mengalaminya
Namun, beliau tidak pernah merungut
Beliau tidak pernah menyalahkan takdir

Malah, beliau hadapi dengan tenang
Tetapi aku?
Aku menganggap masalah ini terlalu besar
Sehingga tiada jalan penyelesaian

Namun sekarang, ianya tidak lagi
Aku mahu menjadi sekuat Rasul ku
Jadi, aku harus berusaha
Berusaha mencapai keputusan yang cemerlang
Agar keluargaku tidak dipandang rendah lagi

p/s : buruk sangat ke orang pakai tudung labuh ni?sehinggakan sedara sendiri tak nak mgaku sedara. Allahhuakbar :(

Khamis, 23 Februari 2012

5 Anggerik

Wahai rakan seperjuanganku
Begitu bertuahnya kita semua
Kerna berpeluang menuntut ilmu
Berpeluang mengenali antara satu sama lain
Di dalam kelas yang indah namanya
Iaitu Anggerik, bunga yang amat cantik

Namun, kita semua jauh berbeza
Berbanding bunga Anggerik itu
Dimana bunga Anggerik itu 
Apabila disiram,ia membiak
Apabila dibaja, ia berbunga

Memang jauh berbeza antara
Kita dengan bunga Anggerik, kerna
Apabila dinasihat,kita memberontak
Apabila dimarahi, kita mencaci

Aku merasa, kita semua
Selayaknya mendiami
Kelas yang diberi nama keladi
Dimana tidak basah, apabila
Dijirus air ke atas daunnya

Bukankah ianya seperti kita semua?
Berkali kali diberi nasihat
Berkali kali dimarahi
Tetapi masih tiada perubahan dalam diri

Malah, kita semua 
Semakin"teruk"
Semakin "malas"
Semakin menjadi-jadi perangainya

Tidak malukah kita semua
Terhadap orang-orang disekeliling
Yang memerhatikan sikap kita semua
Yang mendengar tentang perangai kita semua

Mungkin ada sesetengah dari kita semua
Akan mengatakan "ada aku kesah?"
Namun sedarlah kalian
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

Sedarlah warga Anggerik
Tahun ini, tahun bermakna bagi kita semua
Dimana kita akan menduduki peperiksaan SPM
Kira-kira 9 bulan akan datang
Pejam celik pejam celik
Masanya akan tiba jua rakan rakan ku

Jadi, berubahlah rakan-rakanku
Hanya setahun ini sahaja
Kalian diperlukan untuk berkelakuan baik
Berkelakuan seperti pelajar SPM dan
Berkelakuan seperti pelajar 17 tahun

sekian~

p/s: kesian cikgu Noraini . Harap Allah kurniakan kesabaran yang tinggi terhadap cikgu . Amin~



Jumaat, 17 Februari 2012

Kisah Perindu Cinta Yang Sejati


Hatiku tenteram dan damai jika aku diam sendiriketika Kekasih bersamakucintaNya padaku tak pernah berbahagidan dengan benda yang sana selalu mengujikubilakah dapat kurenungi keindahanNya?
Dia akan menjadi mihrabkudan arahnya menjadi kiblatkubila kumati kerana cinta, sebelum terpuaskanakan terseksa dan lukalah aku di dunia inioh penawar jiwaku, hatikuadalah santapan yang tersaji bagi mahuNyabarulah jiwaku pulih jika telah bersatu denganMuoh sukacita dan nyawaku moga kekal lahdan diriMu juga berahiku berasaldari semua benda fana di dunia inidiriku telah terceraihasratku adalah bersatu denganMumelabuhkan rindu
~Rabiatul Adawiyah
Kisah seorang wanita yang cintanya hanya kepada Illahi menjadi kisah abadi yang dikenali. Wanita yang meletakkan cintanya hanya kepada Illahi ini menjadi taudalan bagi kita manusia dalam mengejar cinta Allah yang sejati dan hakiki. 
Rabi'ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Beliau lahir sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Beliau lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.
Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara' serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.
Bapa Rabi'ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi'ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi'ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.
Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi'ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman.
Ayuh kita teliti ucapan Rabi'ah sewaktu kesunyian di keheningan malam ketika bermunajat kepada Allah:
"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
"Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
"Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
"Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu."
Rabi'ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:
"Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa."
Setiap malam begitulah keadaan Rabi'ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi'ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
"Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu."
Seperkara menarik tentang diri Rabi'ah, dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:
"Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun."
Rabi'ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi'ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.
Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:
"Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu."
Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
"Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun."
Rabi'ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:
"Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?"
Kecintaan Rabi'ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu."
Begitulah keadaan kehidupan Rabi'ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi'ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!
Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar."
Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:
"Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan."
Rabiatul Adawiyah pecinta illahi yang abadi mengajar kita semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah. Ia juga melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.
Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Allah jugalah tempat kita berlindung dan bergantung. Hal ini dapat membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian diperkukuhkan dengan mencintai suruhan dan perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.
P/s: copy dr iluvislam.com

Isnin, 13 Februari 2012

Dialah ibuku


Aku hanyalah manusia biasa,
Yang mempunyai cita-cita dan impian,
Aku tidak harus berputus asa,
Untuk mencapai cita-cita dan impian.

Cita-citaku ingin menjadi Doktor Psikologi,
Membantu orang yang sakit luar dan dalam,
Namun, ibu sarankanku menjadi Doktor Gigi,
Kerana pekerjaan itu tiada tekanan di dalam.

Selain Muhammad, aku juga mengagumi,
Seorang wanita yang amat aku sayang,
Dialah ibu , emak dan umi,
Iaitu Nor'Aishah Salleh yang tersayang.

Walaupun masalah menghampiri,
Ibu tetap tenang menghadapi,
Baginya, kita kena harungi onak duri,
Untuk mencapai impian yang diimpi.

Kejayaan ibu itu,
Telah membuktikan bahawa,
Walaupun tua kertu,
Ibu mampu berjaya dengan penuh berwibawa.

Jadi, wahai diriku sayang,
Awak juga pasti boleh,
Mencapai cita-cita yang tersayang,
Untuk buktikan anak ibu juga boleh.

p/s: rasa bersalah sangat dengan Roszaida . Maaf, bukan kau orang yang kita maksudkan
p/s: rindu sangat dengan acu haliza tetapi ego menghalang untuk menyatakannya




Sabtu, 11 Februari 2012

Muslimah

Sang kerdil dan pemadam



Kadangkala
Aku merasakan
Diri ini
Terlalu kerdil
Terlalu jelek
Berbanding
Orang-orang disekeliling

Kadangkala
Aku merasakan
Aku hanyalah
Seperti pemadam
Di mana
Aku digunakan
Apabila ingin memadam
Sesuatu abjad
Selepas itu
Aku dibiarkan
Begitu sahaja

Puas aku menahan
Sakitnya hati ini
Puas aku menangis
Mengenangkan nasib ini
Puas aku merintih
Mengadu pada Yang Esa

Akhirnya
Aku sedar
Kerdilnya aku bersebab
Supaya aku tidak riak
Supaya aku tidak takbur

Aku juga sedar
Pemadam itu
Mempunyai pengorbanan
Yang sangat besar
Demi kepuasan
Penggunanya
Ia sanggup menahan
Sakit dibadan
Demi memadam
Sesuatu abjad itu

Kini
Aku tekad untuk
Menjadi  kerdil
Dan
Menjadi pemadam itu

p/s : agak terasa dengan sikap seorang hamba Allah itu terhadap diri kerdil ini . Serasa diri ini seperti lembu pun ada . Mungkin orang tu lupa yang diri ini juga manusia :)

Khamis, 9 Februari 2012

Kata Hikmah


Selasa, 7 Februari 2012

Roda dan hidup



Hidup ini diibaratkan
Sebagai sebuah roda
Roda yang sering berpusing
Apabila digulingkan

Apabila ianya berpusing
Ada bahagian 
Yang akan berada di atas
Dan ada juga 
Yang akan berada di bawah

Kedudukan itu akan sentiasa
Sentiasa berubah
Sentiasa bertukar
Tanpa kita dapat sedar 
Yang bahagian bawah itu
Sudah sampai ke atas
Dan yang di atas itu
Sudah berada di bawah

Bukankah ianya seperti
Seperti hidup kita?
Apabila kita di atas 
Kita mungkin lupa pada
Orang yang dibawah
Dan apabila dibawah
Pasti kita impikan 
Kedudukan seperti yang diatas

Setelah kedudukan itu 
Bertukar kembali
Orang yang pada
Mulanya diatas
Pasti merasa sedih
Menyalahkan takdir
Manakala
Orang yang pada
Mulanya dibawah
Pasti berasa bangga
Akan kedudukan 
Yang dikecapi

Mungkin mereka lupa
kedudukan roda itu 
Akan bertukar kembali

Jadi
Janganlah kita
Bersikap bangga diri
Merendah diri
Yang tinggi
Dalam diri

Jadilah
Seorang yang sederhana
Yang dapat
Mengawal dirinya
Untuk tidak bersikap
Terlalu, terlalu dan terlalu
Dengan sesuatu keadaan

Khamis, 2 Februari 2012

Lelaki soleh


Aku kagum melihat seorang JEJAKA,
Tampannya sukar DITERJEMAH,
Bukan dari PARAS RUPA tapi pada AKHLAKnya..

Pabila AZAN dengar ditelinga,
Dialah orang PERTAMA menujunya,
Bukan kerna SUKA SUKA tapi untuk MENUNAIKAN seruannya....

Dia sabar bila ditimpa MUSIBAH,
Membuatkan IMANnya makin BERTAMBAH,
Dia lebih TAWAKAL dan juga REDHA bila USAHA telah dilakukanya...

Muamalatnya amat TERJAGA,
Pergaulan lelaki dan wanita amat DIAMBIL kira,
Kerna takut ALLAH akan menjadi MURKA dirinya juga yang kecewa..

Ilmu yang ada diKONGSIkannya, 
Buat amalan manusia dan juga DIRInya, 
Senyum tidak penah lekang DIMUKA pabila DAKWAh dilakukannya....

Pabila bertembung dengan MUSLIMAH,
Pasti PANDANGAnya turun ke BAWAH,
Bukan JIJIK atau apa cuma MENJAGA iman di DADA...

Ibu dan Ayah diHORMATInya,
Tanda SAYANG dan juga CINTA,
Bukan kerna TERPAKSA tapi untuk mendapat REDHA TUHANnya...


p/s : copy dr kak hafizah (fb)