Jumaat, 6 Januari 2012

Dugaan hari ini

Jalan kaki ke Hari Hari,
Untuk membeli baju Aiman,
Assalamualaikum wahai diri,
Sihatkah fizikal,mental serta iman?

Sentiasalah berdoa kepada-Nya,
Agar hidup bahagia di hari kemudian,
Bukan apa aku bertanya,
Saja aku inginkan kepastian.

Pergi klinik jumpa Doktor Ani,
Ambil ubat untuk ditelan,
Begitu seronok hari ini,
Kerna banyak pahit perit aku telan.

Pergi berkhelah dengan Kak Niri,
Berkhelah di tengah tengah hutan,
Aku sedar wahai diri,
Itu semua adalah dugaan.

Bersiar siar di Tanjung Kling.
Beli keychin untuk dijadikan buah tangan,
Betulah kata orang sekeliling,
Semakin ingin berubah semakin banyak dugaan,


P / s : i must be strong to deal with these :)
p /s : Bersyukurlah kerana ada orang yang lagi hebat dugaannya
Tq : Mr google :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan