Jumaat, 30 Disember 2011

Berakhir 2011

Assalamualaikum :)

Warnakan rambut dengan inai,
untuk menutup rambut yang beruban,
2011 nak menutup tirai,
Sudah bersedia untuk tahun hadapan?

Ehem , sudah bersediakah awak , wahai Nurul Syafiqah? sedia ke tak , awak tetap kena sedia . Sekejap je rasanya masa berlalu . Begitu pantas . Kalah Ferari  : p  haha . Tup tup tahun depan dah Form 5 . What? Form 5 dah . Senior year . Tak yah nak senior sgtlah kan . Huhu . Tahun depan awak tu SPM ye Nurul Syafiqah. Yea ! SPM . Sebelum ni , selalu sangat usik kakak2 batch 94 yang spm sush lah , spm tengah call lah .. haha . Sekarang , amik ko syafiqah . Ko akan berjumpa dan berhadapan dengan SPM tu sendiri . Huhu


Dengar lagu dari iPod mini,
Sambil bermesej dengan Roszaida,
Sungguh banyak kenangan tahun ini,
Suka duka pahit manis semua ada .

Erm , memang banyak sangat kenangan yang tak boleh dilupakan sepanjang tahun ini . Calon2nya adalah balik johor dengan saudara , memekak dengan ain, atin , syaza dalam bilik sebelum tidur , dapat 92 untuk math *sebelum ni tak pernah dapat* dan banyak lagilah . Yang dukanya, Pok Cik meninggal masa bulan 3 atau 4 macam tu . Kalau ingat balik , rasa macam terkilan sangat . Sebelum Pok Cik meninggal, arwah demam, masuk hospital . Semua sedara pergi Perak . Kita ngn kak along je yang tinggal sini . Kita nak ikut pergi sana, tapi ayah tak kasi . Alih2 , kita balik sekolah , ayah bagitahu , Pok Cik dah tak de . Sedih teramat masa tu . Terkilan sebab tak dapat bercakap dengan arwah . Tapi alhamdulillah kita sempat tengok arwah sebelum dikebumikan . Al-Fatihah ~


Pergi kedai cari gula-gula,
Untuk dikongsi bersama Nini,
Tahun 2012 bakal bermula,
Apakah azam tahun baru ini?

Azam tahun baru yee?Act , masa Awal muharam tu dah list semua azam . Tapi tak berkesempatan untuk menaip disini . So, tiap sekarang lah ye .

  • Dekatkan diri dengan Allah = perbanyakkan solat2 sunat , puasa sunat
  • Dekatkan diri dengan Al- Quran = kalau boleh nak khatam 2 bulan sekali, dan lepas maghrib kena jugak mengaji
  • Banyakkan zikirullah , selawat
  • Hormat, sayang lebih, bahagiakan, gembirakan ibu dengan ayah
  • Setiap kali balik sekolah , nak minta maaf kat kawan2 
  • Hormat,kasih,focus kepada cikgu dan buku
  • Jaga aurat,pergaulan supaya dapat jadi muslimah yang berjaya
  • Hormat, sayang , bantu kawan2
  • Capai keputusan yang CEMERLANG dalam SPM supaya dapat mencapai cita2 = buktikan dekat orang yang menghina dan memandang rendah terhadap kita , yang kita pon boleh berjaya . Tanpa menipu , membodek , memalsukan segala2nya lah .
Panjangkan . Harap dapat melaksanakan semuanya. Istiqomah itu penting  : D


Gambar Kenangan Sepanjang 2011
















Tamat Sudah post untuk 2011..
Sekian :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan