Isnin, 19 Mac 2012

Terima kasih Ya Allah

Assalamualaikum  :)


Walaupun jauh
Tetapi aku tahu
Dia ada disini
Di dalam hatiku ini

Aku dapat merasakan
Kehadirannya dimana saja
Aku berada
Apa saja aku lakukan

Dia tidak pernah
Meninggalkan ku sendirian
Dia tidak pernah
Membiarkan ku merasai
Derita itu sendirian

Dia pasti mengurniakan ku
Ubat di setiap luka
Yang aku alami
Pada ketika itu

Dia telah kurniakan aku
Keluarga yang memahami
Rakan-rakan yang simpati
Dengan apa yang aku kongsi

Begitu mulianya Allah itu
Kerna telah kurniakan
Aku apa yang dihajati
Jadi, sebagai hambaMu
Aku bersyukur Ya Allah






Tiada ulasan:

Catat Ulasan