Rabu, 14 Mac 2012

kanak-kanak itu

Kanak-kanak itu
Ku lihat sedang bergembira disini sana
Terserlah keseronokkan mereka 
Bergaul mesra bersama teman

Terserlah kecomelan mereka
Mengenakan pakaian pelbagai warna
Terserlah nur di wajah mereka
Kerana tiada dosa yang dikumpulnya

Terserlah keanak-anakan mereka
Apabila terlihat motor aiskrim
Terserlah kecerian mereka
Apabila mendapat apa yang dihajati

Istimewanya mereka
Dapat aku rasakan
Tetapi kenapa tidak 
Individu yang lain?

Individu itu sanggup menculik
Sanggup menyeksa
Sanggup membakar
Kanak-kanak yang tidak berdosa ini

Betapa sedih aku rasakan
Apabila manusia dilayan seperti binatang
Betapa sedih aku rasakan
Apabila kanak-kanak yang menjadi mangsanya

p/s : AL -FATEHAH untuk adik ... dan juga kanak2 di syria

Tiada ulasan:

Catat Ulasan