Selasa, 20 Disember 2011

Pantun Solat


Anak pemuda pergi berdagang ,
Singgah sebentar di Surau sungai Arang,
Azan sudah berkumandang,
Tetapi tidak ramai jemaah memenuhi ruang.

Pergi Melaka naik Air Asia,
Dapat lihat orang di merata tempat ,
Situasi ini berbeza dengan Konsert Akademi Fantasia ,
Dimana begitu ramai "jemaah" memenuhi tempat.

Belajar masak dengan Pak Engku,
Belajar masak ayam kurma,
Sedar-sedarlah saudaraku,
Solat itu tuntutan agama.

Pergi ke Pasar dengan Mak Nini ,
Kerana ingin membeli ikan ,
Lupakah saudaraku tentang ayat ini?
Solatlah anda sebelum anda disolatkan.

p / s : Alhamdulillah dapat jugak release tension .

4 ulasan:

  1. salam.. masyaAllah.. pandainya awak buat pantun..suka baca :)

    BalasPadam
  2. Wasalam .. Alhamdulillah .. Terima kasih kerana sudi membaca :D

    BalasPadam
  3. hurmm.. adik buat sndri ek?
    tapi kan... suku kata lebih..
    btw, comel.. <3

    BalasPadam
  4. a'ah.. haha.. sebb tu bnyk kne bljr .. yg ni pon utk suka2 lepskn kekusutan dlm kepala

    BalasPadam