Khamis, 1 Disember 2011

Pendapat sendiri?


Assalamualaikum :)

Hari ini terlebih rajin nak post macam2 . Post ni bukanlah nak mengutuk , memerli atau memulau sesiapa . Tiada niat pun . Niatnye satu sahaja , iaitu ingin bercerita dan berkongsi pendapat . Ehem ! hari Selasa hari tu , kte ngn keluarga telah pergi ke suatu tempat iaitu ke Nilai 3 . Tujuannya nak beli baju untuk kenduri khawin kak ngah . Kat sana memang aneka ragam jenis manusia yang kte jumpa. Ada yang dari negara jiran  dan sebagainya . Bila dah ramai orang tu , macam2 pakaian yang kte nampak dorang pakai . Salah satu contohnya , seperti yang bawah ni lah . Bukan yang macam ni je ade , banyak lagi . Ada yang pakai baju tali satu tu (orang panggil baju beabet kot ) dan disertakan tudung dan seluar ketat mcam kat bawah ni . Huhu. Malu sebenarnya tengok dorg berpakaian sebegini . Adakah dorg merasa malu seperti kte yang melihatnya?


Lepas tu , dorg tak malu ke jadi tontonan orang lelaki yang bukan mahram tu? Astagfirullah . Inilah punca2 kenapa ramai budak perempuan di culik dan sebagainya . Betul cakap ayah , kadang2 gejala2 tak elok kadang2 bukannye datang dari lelaki saja , tetapi dari perempuan yang memulakannya. Huhu . Bayangkan kalau semua perempuan dalam dunia  ni , cet2 dalam Malaysia ni tutup aurat dan pakai macam Heliza ni mesti gejala2 tak elok dapat dikurangkan .


Kan manis je . Kadang2 kte terfikir , masyarakat skrg macam dah kembali ke zaman jahiliah. Iaitu zaman di mana, perempuan ini ibarat pelayan sahaja dan dianggap sebagai orang yang akan memalukan keluarga . Tetapi zaman itu berubah apabila Nabi Muhammad memertabatkan perempuan itu sendiri . Tapi kenapa kte semua nak ulang balik zaman jahiliah tu? dengan memakai pakaian yang tidak menutup aurat , bergaul dengan bukan mahram . Tidak terfikir ke pengorbanan Rasulullah? Betul lah cakap orang , malu makin pupus di telan zaman.


Pergi butik Cik Atik,
Untuk membeli jubah berbunga,
Siapakah wanita yang tercantik?
Dialah wanita yang menjaga auratnya .

p/s : peringatan dan nasihat untuk diri sendiri juga.
p / s : gambar dari mr google







Tiada ulasan:

Catat Ulasan