Jumaat, 30 Disember 2011

Berakhir 2011

Assalamualaikum :)

Warnakan rambut dengan inai,
untuk menutup rambut yang beruban,
2011 nak menutup tirai,
Sudah bersedia untuk tahun hadapan?

Ehem , sudah bersediakah awak , wahai Nurul Syafiqah? sedia ke tak , awak tetap kena sedia . Sekejap je rasanya masa berlalu . Begitu pantas . Kalah Ferari  : p  haha . Tup tup tahun depan dah Form 5 . What? Form 5 dah . Senior year . Tak yah nak senior sgtlah kan . Huhu . Tahun depan awak tu SPM ye Nurul Syafiqah. Yea ! SPM . Sebelum ni , selalu sangat usik kakak2 batch 94 yang spm sush lah , spm tengah call lah .. haha . Sekarang , amik ko syafiqah . Ko akan berjumpa dan berhadapan dengan SPM tu sendiri . Huhu


Dengar lagu dari iPod mini,
Sambil bermesej dengan Roszaida,
Sungguh banyak kenangan tahun ini,
Suka duka pahit manis semua ada .

Erm , memang banyak sangat kenangan yang tak boleh dilupakan sepanjang tahun ini . Calon2nya adalah balik johor dengan saudara , memekak dengan ain, atin , syaza dalam bilik sebelum tidur , dapat 92 untuk math *sebelum ni tak pernah dapat* dan banyak lagilah . Yang dukanya, Pok Cik meninggal masa bulan 3 atau 4 macam tu . Kalau ingat balik , rasa macam terkilan sangat . Sebelum Pok Cik meninggal, arwah demam, masuk hospital . Semua sedara pergi Perak . Kita ngn kak along je yang tinggal sini . Kita nak ikut pergi sana, tapi ayah tak kasi . Alih2 , kita balik sekolah , ayah bagitahu , Pok Cik dah tak de . Sedih teramat masa tu . Terkilan sebab tak dapat bercakap dengan arwah . Tapi alhamdulillah kita sempat tengok arwah sebelum dikebumikan . Al-Fatihah ~


Pergi kedai cari gula-gula,
Untuk dikongsi bersama Nini,
Tahun 2012 bakal bermula,
Apakah azam tahun baru ini?

Azam tahun baru yee?Act , masa Awal muharam tu dah list semua azam . Tapi tak berkesempatan untuk menaip disini . So, tiap sekarang lah ye .

  • Dekatkan diri dengan Allah = perbanyakkan solat2 sunat , puasa sunat
  • Dekatkan diri dengan Al- Quran = kalau boleh nak khatam 2 bulan sekali, dan lepas maghrib kena jugak mengaji
  • Banyakkan zikirullah , selawat
  • Hormat, sayang lebih, bahagiakan, gembirakan ibu dengan ayah
  • Setiap kali balik sekolah , nak minta maaf kat kawan2 
  • Hormat,kasih,focus kepada cikgu dan buku
  • Jaga aurat,pergaulan supaya dapat jadi muslimah yang berjaya
  • Hormat, sayang , bantu kawan2
  • Capai keputusan yang CEMERLANG dalam SPM supaya dapat mencapai cita2 = buktikan dekat orang yang menghina dan memandang rendah terhadap kita , yang kita pon boleh berjaya . Tanpa menipu , membodek , memalsukan segala2nya lah .
Panjangkan . Harap dapat melaksanakan semuanya. Istiqomah itu penting  : D


Gambar Kenangan Sepanjang 2011
















Tamat Sudah post untuk 2011..
Sekian :)


Selasa, 20 Disember 2011

Pantun Solat


Anak pemuda pergi berdagang ,
Singgah sebentar di Surau sungai Arang,
Azan sudah berkumandang,
Tetapi tidak ramai jemaah memenuhi ruang.

Pergi Melaka naik Air Asia,
Dapat lihat orang di merata tempat ,
Situasi ini berbeza dengan Konsert Akademi Fantasia ,
Dimana begitu ramai "jemaah" memenuhi tempat.

Belajar masak dengan Pak Engku,
Belajar masak ayam kurma,
Sedar-sedarlah saudaraku,
Solat itu tuntutan agama.

Pergi ke Pasar dengan Mak Nini ,
Kerana ingin membeli ikan ,
Lupakah saudaraku tentang ayat ini?
Solatlah anda sebelum anda disolatkan.

p / s : Alhamdulillah dapat jugak release tension .

Jumaat, 9 Disember 2011

Jom jadi lolipop berbalut


Assalamualaikum :)

 Harap dapat berubah kepada jubah dan tudung labuh berwarna pink tu .




Pergi kedai dengan anak Pak Lih ,
Untuk mencari manisan tekak ,
Lolipop mana yang anda akan pilih?
Yang berbalut dengan plastik atau tidak?

Sebenarnya , alat , makanan , minuman dan orang di sekeliling kita berkait rapat dengan diri kita . Contohnya , Lolipop tu . Kalau kte tengok kat kedai , lolipop tu berbalutkan , sebab tu ramai  yang nak beli . Cuba kte bayangkan , lolipop tu tak berbalut , mesti banyak semut yang dah hinggap kan . Seperti yang kte cakap , ianya berkait dengan diri kte yes , diri kte wahai gadis2 . Lolipop yang berbalut tu umpama gadis yang menutup auratnya dan yang tak berbalut tu umpama gadis yang mendedah aurat dengan banganya . Kte lihat situasi dimana , apabila lolipop tu berbalut , orang akan membeli dengan wang yang setimpal dengan lolipop tu sendiri . Tetapi , apabila tidak berbalut , semut akan hinggap dan kemanisan lolipop tu akan hilang . Ianya seperti kte , dimana apabila kte menjaga aurat kte , suatu hari akan ada orang yang membeli kte dengan membayar duit hantaran kepada ibubapa kte setimpal dengan "kemanisan" yang masih ada . Dan bila kte tak menjaga aurat , memang ada lelaki yang datang kte . Siapa kata tak da? dah hot2 bukak sana sini tak kan tak de . Yes ! memang ada , seperti semut jua , dah habis hisap manis , dibiarkan begitu sahaja .  Hiduplah terkontang kanting seorang diri . Sama2lah kte berubah menjadi lolipop yang berbalut .

p/s : Saya suka makan lolipop . Ianya betul2 manis . Harap dapat membantu diri sendiri dan orang yang membaca .
p / s : gambar dr mr google .

Khamis, 8 Disember 2011

bersemangat !

Dah kena suntik dengan ubat semangat .

P/s : Alhamdulillah tak sia2 jelajah blog ni :p

Jumaat, 2 Disember 2011

Rindu


Assalamualaikum :)
ju, ros , aiman, me

Hari ini dah 2 Dis. Sekejap je . Dah lama tak jumpa korang . Rindu sangat2 . Rindu nak sorok barang ros . Rindu nak perli ju :p . Rindu nak cucuk aiman . Pokoknya rindu segala aktiviti yang kte selalu buat kat sekolah tu . Nak msj korang tapi kredit tak de . Nak borak kat FB , tp FB dah deactive . Huhu . So, kalau korang bca ni , kte nak cakap Hai? haha . Booo ! syafiqah dah segan nak borak dengan kawan sendiri . Teringat kat pantun ni .

Roszaida roszaidi ,
Roszaida suka A** ***ri . 

Hahaha jgn marah yea..