Khamis, 21 Februari 2013

Ku lihat kanak-kanak disini
Begitu asyik dengan dunia mereka
Bagai tiada apa yang perlu dirisaukan
Bagai tiada apa-apa musibah 
Yang bakal menimpa

Namun ini berbeza
Dengan kanak-kanak di Gaza
Dimana hidup mereka tidak tenang kerna
Lepas satu , satu  keluarga mereka dibunuh
Mereka hidup dalam ketakutan
Mereka hidup dalam tangisan
Mereka hidup dalam kekeliruan

Mengapa lepas satu, satu keluarga aku dibunuh?
Mengapa negara aku diserang?
Mengapa , mengapa dan terus mengapa?
Persoalan yang muncul di benak mereka

Kejadian yang menimpa diri mereka ini
Telah membuatkan mereka kuat
Berani menentang musuh
Bagi menegakkan keadilan !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan