Isnin, 28 November 2011

Perlu ke perasaan sebegini?

Assalamualaikum :)



Ehem ! Kecewa ! Kte sedang mengalami perasaan itu . Rasa macam tak logik pulak kalau kte nak rasa kecewa ke sedih ke apa ke . Kenapa perasaan tu tiba tiba je muncul ? Jawapannya masih ENTAH  . Ya Allah ! kekuatkan aku untuk menghadapi ini semua . Kepada orang itu , terima kasih kerana memberi peluang kepada kte untuk mengalami dan merasai betapa indahnya perasaan kecewa ini . Kenapa kte cakap indah? Kerana , Allah sentiasa bersama kte dan hanya Dia yang memberi kekuatan saat kte memerlukan . Mungkin kau akan tinggalkan kte , tetapi percayalah bila kte dah gelarkan kau kawan kte , sampai bila2 kau akan jadi kwan kte . Kerana , persahabatan kte ni lillahitaala .


Rasa macam dipinggirkan macam ni . Seolah2 kte ni makhluk asing daripada planet pluto yang dikelilingi manusia2 cantik .

p/s : macam lah orang tu baca . Semoga berjaya dunia akhirat :)

Sabtu, 26 November 2011

Sedekah

Assalamualaikum :)

Apa itu sedekah? adakah sejenis makanan ? minuman? huhu . Nama sedekah dalam bahasa inggeris adalah donate . Sedekah ini sebenarnya macam mengeluarkan sedikit wang atau apa2 sahaja untuk diberikan kepada orang yang memerlukan . Sedekah ini bukan hanya memberi wang semata-mata tetapi boleh memberi barang2 seperti pakaian . Biasanya , perkataan sedekah ini akan menjadi popular apabila tiba musim ramadan . Betul tak? Yelah cuba perhatikan dada2 akhbar pada musim ramadan, mesti ada saja cerita orang itu menyumbang sebanyak blablaba ke blabla . Cuba tengok musim bukan ramadan , jarang ade berita macam ni kan . Kalau dilihat , rakyat Malaysia ni puratanya kaya raya kan. Tetapi masih ade juga segelintir rakyat yang liat untuk mengeluarkan sedikit wang untuk sedekah *termasuk kte* .Mungkin disebabkan kurangnya kesedaran tentang kepentingan sedekah itu sendiri kot . Act , bila kte sedekah , kte boleh menghapus dosa2 kecil .Kte juga dapat menambah pahala dan juga akan memperoleh kebaikan. Betul tak tipu , kte dah baca dah buku pasal sedekah ni. Huhu . Kte dapat pahala sebab kte mengembirakan hati orang yang minta sedekah tu . Yelah , mungkin orang yang minta sedekah tu sedang kelaparan , dan bila kte sedekah , dye dapat lah isi perutnya . Kan orang cakap , kenyang perut senang hati, Bila hati orang tu senang , dye akan gembira dan mungkin juga dye akan mendoakan kte . Bahawasanya, doa orang yang dalam kesusahan dan orang yang dizalimi mudah dimakbulkan.
Huhu . jadi tunggu apa lagi ...

Ouh yee, tercetus idea nak post pasal sedekah ni disebabkan terdengar lagu ni ...



Tak rugi dengar lagu ni . Serius . Lagu ni banyak pengajaran walaupun sempoi . Ingat tu 10sen pon boleh sedekah !

p/s : gambar itu dari google

Edrina Maisarah

Assalamualaikum :)

Hari ini macam terlebih rajin untuk mengupdate blog . Huhu . Ada ke perkataan mengupdate? belasah je lah *marah ckgu Pauziah nanti* Rindunya kat cikgu2. Huhu . Kembali kepada topik asal. Hari ini , kte terlebih rajin pulak untuk melihat dan membelek2 gambar yang ada kat dalam PC ni . Lepas tu , jumpa lah gambar sarah . Sarah ni sebenarnya dua pupu kte . Kecil lagi . Tahun ni umur dye 6 tahun . Dalam ramai2 budak kecik kat dalam keluarga besar kte , dye yang paling rapat dengan kte . Mungkin sebab kteorg lahir pada bulan yang sama iaitu bulan 8 . Dye 13 ogos , kte 25 ogos . Tak jauh beza kan . Ini ada gambar dye dari kecik sampai lah sekarang ni . Ikuti tumbesaran dye ni ye .

Gambar ni masa raya 2008 kalau tak silap. Masa ni umur dye 3 tahun . Gambar ni diambil masa raya kat rumah Pakman Rasyid . Masa ni , dye tengah sedih sebab bergaduh dengan abg dye .

Gambar ni masih dalam tahun yang sama . Masa ni kteorg balik johor ramai2. Rasanya sebab Pakman Yang meninggal. Al-Fatihah ~

Yang ni gambar tahun lepas . Masa Abg zizi kahwin . Dah macam kembar dah syaza ngn sarah ni.

Gambar tahun lepas jugak kot . Dye comel .

Sarah bersama Acu

Ni masa kat ICity . Sarah bersama atin dan aish

Maka itu sahajalah gambar2 sarah yang telah menambat hati saya untuk megupload di Blog ini . Disini , terbukti kekuasaan Allah kan . Allah telah memberi kte tubuh badan yang sihat , tumbesaran yang sempurna dan sebagainya . Kte sebagai hambaNya kenalah sentiasa bersyukur kan. Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang telah kau berikan kepadaku dan keluargaku .Oh yee, sebelum tertinggal, kadang2 gambar tu mengingatkan kita dengan pelbagai kejadian yang pernah berlaku sama ada suka atau duka. Dengan gambar, kte sudah dapat kenal pasti apa yang berlaku .*macam tak kena je . hentam sahajalah labu*







Hijrah Sebelum Terlambat


Di keheningan fajar ini, aku rasakan seluruh tubuh dan jiwaku berada dalam situasi yang damai dan menenangkan. Selama ini tidak pernah sekelumit pun ku rasakan perasaan seindah ini.
Terima kasih Allah, kerana Engkau masih memberi ruang kepada hamba-Mu yang sangat hina ini untuk menikmati perasaan ini. Saat inilah baru aku tersedar bahawa diriku ini sangat mencintai dan merindui-Mu.
Saat ini baru ku rasakan betapa nikmat dan manisnya cinta dan rindu kepada-Mu. Baru kini ku merasakan hebatnya kuasa cinta ini, Ya Allah.
Syukur pada-Mu ya Allah kerana Engkau telah memilih diri ini untuk menerima hidayah dan cinta-Mu. Sesungguhnya aku benar-benar menyedari betapa hinanya aku pada pandangan-Mu.
Betapa dosaku luas meliputi ruang langit dan bumi. Kosongnya amalanku ini untukku persembahkan kepada-Mu nanti. Terlalu banyak sifat mazmumah dalam diriku sehinggakan tidak mampu ku perhitungkan lagi. Kerasnya hatiku sehingga hidayah-Mu sukar untukku menerimanya. Ku tahu tiada nilaianku di sisi-Mu, ya Allah.
Namun sesungguhnya, Engkau Maha Pengasih ya Allah. Engkau masih memberi peluang kepada diriku ini untuk melakukan transformasi diri. Rahmat-Mu Maha Luas ya Allah. Syukur yang tidak terhingga ku panjatkan kepada-Mu.
Di kesunyian fajar ini, air mataku laju menuruni sejadah. Kesilapan lampau terbayang-bayang mengisi ruang ingatan satu persatu. Episod silam membawaku ke lembah kehinaan yang membuatkan aku digelumangi debu-debu dosa.
Betapa menyesalnya aku ya Allah. Kenapa selama ini aku leka dan lalai? Kenapa selama ini hatiku buta ya Allah. Terlalu banyak masa yang telah aku persia-siakan. Selama ini aku mempermainkan taubat kepada-Mu ya Allah. Selama ini ibadatku bukanlah untuk-Mu ya Allah, tetapi kerana sifat menunjuk-nunjuk dan riak yang hadir dalam diriku. Aku terlalu menyesal ya Allah.
Aku pohon kepada-Mu ya Allah, kurniakanlah kepadaku kekuatan untuk melakukan hijrah ini. Aku ingin berhijrah ya Allah, hijrah kerana-Mu. Bukanlah hijrah kerana manusia, bukan juga hijrah untuk mendapatkan dunia tapi hijrah yang sebenar-benarnya.
Aku ingin berhijrah untuk mendapatkan cinta dan redha-Mu. Sambutlah cinta dan rinduku ini ya Allah. Akan ku tatang hidayah-Mu ini dengan ilmu. Ilmu yang akan aku manfaatkan untuk memperbaiki hati dan diriku, yang dapat memberi cahaya kepada jiwa dan hidupku.
Ilmu yang akan aku persembahkan untuk-Mu adalah ilmu yang akan membawa diriku menuju cinta-Mu. Ilmu yang dapat menjadikan hatiku ini lembut dan syahdu. Ilmu yang dapat mengubah seluruh kehidupanku. Kurniakanlah kepadaku ilmu yang dapat membuat diriku semakin mencintai-Mu ya Allah.
Semoga kita digolongkan dalam golongan manusia yang dipilih Allah untuk menerima hidayah-Nya. Betapa bertuahnya kita seandainya dipilih. Membuktikan betapa luasnya rahmat dan kasih sayang Allah. Lihatlah betapa kerdilnya kita di muka bumi ini, tetapi sayangnya dalam kalangan kita masih ada manusia yang sombong.
Marilah kita sama-sama melakukan hijrah diri. Hijrah yang dapat mengubah hati dan jiwa kita. Hijrah yang dapat meruntuhkan keegoan dan sikap takbur manusia. Hijrah yang dapat meruntuhkan hati dan jiwa yang keras. Hijrah yang memberi kesedaran kepada kita bahawa segala yang kita lakukan di dunia ini adalah semata-mata untuk mendapatkan cinta dan redha Allah.
 
Lakukanlah hijrah diri ini ketika kita masih mampu melakukan amal ibadat. Lakukan hijrah tatkala Allah memberi kelapangan masa dan kesihatan kepada kita. Lakukan hijrah diri ini ketika diri masih diberi peluang. Lakukan hijrah diri ketika diri masih muda. Lakukan hijrah diri ini tatkala nyawa kita masih belum sampai di halkum. Kelak, jika hijrah diri ini tidak disambut, kitalah manusia yang paling rugi dan paling malang di dunia dan di akhirat.
Marilah kita berhijrah bersama-sama!

Didik Hati Agar Sentiasa Redha


Firman Allah yang bermaksud: "Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya." - (Surah al-Mulk, ayat 1-2) .
Menyingkap maksud firman Allah itu, manusia sentiasa akan diuji dengan kebaikan dan kesulitan. Segala perkara atau peristiwa berlaku dengan izin dan kehendak Allah.
Bagi Allah segala-galanya adalah kebaikan untuk hamba-Nya. Penerimaan manusia boleh jadi berbeza sama ada perkara itu baik atau buruk kecuali orang mukmin yang memiliki keimanan sebenar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Allah sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah ia bersabar." - (Maksud al-Hadis)
Setiap detik kehidupan kita perlu meyakini bahawa kita berada dalam ujian Allah sehingga roh bercerai daripada badan. Firman Allah yang bermaksud:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu. Dan sesungguhnya kami sudah menguji orang sebelum kamu maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta." (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)
Manusia diberi kemampuan mengamati atau menilai sesuatu perkara dan peristiwa secara zahir melalui deria penglihatan. Manusia juga dapat mengguna akal untuk mentafsir perkara atau peristiwa yang dilihat.
Manusia yang lebih tinggi martabatnya ialah apabila dapat melihat melalui mata hati. Ini adalah penglihatan atau gambaran cahaya iman. Allah berfirman yang bermaksud: "Maka ambillah pelajaran wahai orang yang memiliki mata hati." (Surah al-Haysr, ayat 2)
Sering kali kita terdengar rungutan apabila hari hujan kerana hujan yang turun menyusahkan untuk ke pejabat atau ke mana saja sedangkan bagi tukang kebun atau petani, hujan adalah rahmat Allah yang akan menyuburkan pokok serta tanaman mereka. Begitulah kepelbagaian ragam dan persepsi dalam kehidupan.
Segala penentuan Allah diterima dengan persepsi berbeza antara satu sama lain. Perbezaan sudut pandang ini bergantung kepada beberapa perkara seperti ilmu, keimanan, amalan dan ketakwaan seseorang. Orang beriman sentiasa reda dan menerima segala ketentuan dengan hati tenang kerana mereka berfikir secara positif, mencari hikmah di sebalik setiap peristiwa.
Setiap insan sentiasa mengharapkan kedamaian dan ketenangan hidup, bahkan manusia menginginkan kesenangan itu berpanjangan. Realiti kehidupan tidak selalu begitu kerana langit tidak selalunya cerah.
Panduan berikut boleh dijadikan pedoman untuk mendidik diri menerima sesuatu peristiwa baik atau buruk dengan penuh keredaan. Dengannya kita akan berasa tenang dalam menerima sesuatu dengan rela hati :
Bersyukur kepada Allah dan Membilang Nikmat-Nya
Kita beriman bahawa Allah tetap memberi nikmat di dunia kepada semua hamba-Nya. Apabila kita mendapat nikmat-Nya kita bersyukur dan mengiktiraf nikmat itu supaya tidak lupa jasa Allah.
Firman Allah yang bermaksud: "Allah sudah menyempurnakan nikmat-Nya kepada kalian baik yang zahir mahupun yang batin." - (Surah Luqman, ayat 20)
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya." - (Surah Ibrahim, ayat 34)
Nabi Sulaiman yang dikurniakan kerajaan dan kekayaan berkata: "Ini termasuk dalam kurnia Tuhanmu untuk menguji aku adakah aku bersyukur atau kufur nikmat." - (Surah an-Namlu, ayat 20) .
 
Syukur bukan setakat mengucapkannya tetapi kita perlu zahirkan kelakuan orang yang bersyukur dalam bentuk perbuatan. Contohnya, apabila seseorang itu mendapat keuntungan daripada perniagaan diusahakannya, dia akan dibelanjakan ke jalan halal dengan ikhlas.
Musibah Menghapuskan Dosa
Kita menerima musibah dengan positif untuk menyedarkan kita supaya menilai kembali tingkah laku. Sebagai manusia, kita tidak sunyi daripada melakukan dosa. Musibah dapat melenyapkan dosa yang dilakukan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya." - (Maksud al-Hadis)
Bersabar Tanda Kemenangan
Allah mendidik kita supaya menerima sesuatu dengan reda dan sabar kerana Allah bersama dengan orang yang sabar. Orang yang bersabar akan mendapat kemenangan di dunia dan syurga di akhirat. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan supaya kamu jangan terlalu berduka cita terhadap apa yang hilang daripada kamu dan janganlah kamu terlalu gembira apabila mendapat sesuatu nikmat." - (Surah al-Hadid, ayat 23)
Berdoa dan Memohon Pertolongan Hanya Kepada Allah
Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, yakin dan kenalilah Allah ketika senang nescaya Allah akan mengenali kita ketika susah. Berdoa dengan khusyuk dan jadikan berdoa para nabi sebagai panduan. Bayangkan bagaimana pasrah dan khusyuk nabi berdoa dalam keadaan genting.
Kita juga tahu Allah memakbulkan doa mereka. Nabi Ibrahim berdoa memohon pertolongan Allah ketika dibakar dalam unggun api yang marak menyala, Nabi Muhammad ketika perang Badar dan Nabi Musa yang cemas ketika di kepung Firaun di Laut Merah dan saat kegelapan Nabi Yunus dalam perut ikan.
Membaca al-Quran
Al-Quran adalah kitab rujukan utama kepada setiap mukmin yang cemerlang. Kitab ini perlu dibaca dan difahami maksudnya setiap hari dengan tujuan melembutkan hati serta mendidik jiwa supaya istiqamah dalam amalan yang baik.
Allah sentiasa mengingatkan supaya mengambil pendekatan sederhana kerana keluh kesah akan menambah lagi musibah. Apabila menerima sesuatu musibah, kita zahirkan rasa syukur dengan membandingkan musibah lebih besar atau membandingkan musibah dihadapi orang lain.
Mengambil pelajaran dan melihat sesuatu hikmah dalam setiap perkara akan melahirkan insan yang celik perasaan serta mampu mengharungi hidup yang penuh pancaroba.

Jumaat, 25 November 2011

Sekolah , Novel

Assalamualaikum :)

Ehem ! Alhamdulillah dalam dua hari ni , kte dah habis buat ulangkaji untuk sejarah dengan biology . Rasa puas hati sangat . Biology tu sebenarnya, tak de lah susah kan . Kte ni je yang malas nak baca , dan hafal segala fakta yang terkandung dalam buku biology tu . Huhu . Moga2 apa yang kte baca td tu melekat . Amin~
Rasa gementar sangat nak masuk sekolah tahun depan . Hurm . Dalam kepala ni , macam2 kte dok pikir .

  1. Kte masuk kelas ape tahun depan? Alamanda ke Anggerik?
  2. Pergi sekolah naik ape? jalan kaki? ayah bagi ke?
  3. Kawan2 hiraukan kte ke tak?
  4. Sape yang ajar kte BI thun depn? masih ckgu yang sama ke?
  5. Kne aktif koko ke?
  6. Ju bagi ke masuk PRS?
Huhu . Ayah cakap, selagi benda belum belaku , jangan pikir . Tapi orang cakap , sediakan payung sebelum hujan . Tak yah lah pikir . Baik baca novelkan waktu free macam ni .

Haa! cerita pasal novel ni . Sekarang ni kte dalam proses nak menghabiskan novel contengan perjalanan yang dikarang oleh Hlovate . Sebenarnya , kte baru je kenal penulis ni . Tu pon ble tgk kak nis like page dye. Mula2 tak tahu pon dye ni penulis . Lepas tu , ble bukak page dye , nampaklah novel2 dye . Dan disebabkan kte ni memang hantu novel , kte try beli novel dye kat POPULAR SELAYANG MALL tu . First novel yang dikarang oleh Hlovate yang kte beli adalah... jeng jeng .. VERSUS . Inilah novel tu .



Mula2 baca buku ni macam tak bape paham tau . Yelah sebab dye cerita pasal Skateboard semua tu . Ble dah menghayati tu , baru paham . Dye mengisahkan seorang yang ingin berubah . Act , buku kedua yang kita beli , iaitu Contengan perjalananni pon mengisahkan perubahan diri seseorang . Ini bukunya 


Buku2 dye semua best. Serius . Dye ade letak beberapa hadis , kata2 hikmah dan sebagainya . Buku ni sesuai lah untuk orang yang nak berubah , ehem seperti kte ni . Lepas baca bukuni , terus berkorbar2 nak buat solat hajat , dhuha , tahajud tanpa mis. Huhu . Oh yee , persoalannye , siapakah HLOVATE ni? kte search kat google siapa HLOVATE ni . Ternyata , ramai jugak yang menanyakan soalan yang sama . Ehm , papepun , novel dye memang best .

Selasa, 22 November 2011

Perasaan?


Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia...
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya...
Tapi luahkanlah pada Allah, beritahu Allah...
Allah Maha Tahu jodoh kita siapa...
Cintai dia dalam diam...
Dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan...

Jika benar cinta itu kerana Allah,
Maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah..
Kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah..
Maka ia pun berhilir hanya kepada Allah..(^_^)
 




p/s : sy akan cube lakukan :)

SPM 2012 (pantun )

Seberang sungai naik titi ,
Naik titi dengan Cik Aysia ,
Siapakah orang yang dinanti?
Dialah Sijil Pelajaran Malaysia .

Hot Fm Am krew best sekali ,
Lagi-lagi bila ada wak AG ,
Apakah mata pelajaran teras yang pening ni? 
Dialah BM, BI , MATH , SEJ dan AG .

Pergi klinik Taman Ehsan ,
Untuk jumpa Doktor gigi ,
Mata pelajaran apa yang susah berkesan?
Dialah ADD MATAH , FIZIK , KIMA dan BIOLOGI.

Keluar rumah dengan Cik Nini ,
Bawa Cik Nini ke kedai Sham ,
Siapakah mangsa SPM 2012 ni?
Sayalah Nurul Syafiqah Badrul Hisham .


p/s : penat dok memikir camne nak buat pantun ni .

Cuti bola

Assalamualaikum :)

Cuti sekolah dah bermula . Macam macam kerja yang kena buat sepanjang cuti ni . Buat itu lah buat ini lah . Pokoknya , memang teramat amatlah sibuk . Ayah cakap , "alah along, setahun je . Sabar je . Sebuah kejayaan memerlukan sebuah pengorbanan" . So , sekarang memang kena banyak belajar berkorban . Setakat ni , kte mampu untuk tidak membuka or mengusha FB tu . Kepada kawan2 sekalian , kalau ade apa2 msj je ye , nanti saya call awak guna telefon rumah . Haa ! tu lagi satu yang telah kte korban kan iaitu tidak topup henfon . Dah bape lama dah kte tak main msj or call sape2 gne henfon sndri . Kalau dulu , tiap2 hari mau call org msj org semua . Lepas ni , nak korbankan apa lagi yer? Ok akan diusahakan .

Semalam , ada perlawanan bola sepak . Malaysia lwn Indonesia . Best tengok . Huhu . Virus angah lah ni , tengok2 along dye dah minat bola . Actually , bola ni tak lah bosan ke ape , bila tengok rasa macam tengok cerita hantu pon ade *hiperbola* . Yelah , bila pihak lawan menghantar bola ke tiang gol , rasa macam seram . Macam tengok WWE pon ade , yelah nak belasah je si B***I tu . Mana taknya , bape kali tah dye pegang jaring tu . Macam jampi je . Lek lu bro ! Percaya pada Allah sudah . Kalau rezeki lu , ade ar . Tok seh , dengar cakap ***** tu . Khurafat tahu . Alah  dye bukan Islam kan . Biak pi dia :)



p/s : Esok ade bola lagi :)

Jumaat, 18 November 2011

Perempuan Sebaik Perhiasan Duniawi


Assalamualaikum, dan salam Ukhwah.
Perkongsian hari ini tentang SAYA.Perempuan.Benarlah perempuan itu ibarat permata.Kerana kecantikannya, dia dipandang oleh semua manusia.Kerana keindahannya, dia dipuja oleh sekalian insan.Tetapi kerana kehalusan peribadinya, dia dinilai oleh seseorang yang amat mengerti tentang hakikat sebenar seorang wanita.

Keindahan peribadinya ibarat kehalusan seni sebutir permata yang hanya mampu dinilai oleh seorang pakar yang benar-benar mengerti tentang keunikan rekabentuk sebutir permata di antara beribu-ribu permata yang terhampar.
Jadi,andai dirimu tercipta dengan penuh keindahan, bersyukurlah kerana itu adalah anugerah-Nya dan menjadi perhiasan kepada peribadi yang indah.Tiada gunanya rupa yang jelita tanpa pekerti yang mulia.

Andai dikau merasa dirimu tak seindah permata di sekelilingmu, tiada apa yang perlu dirisaukan.Mengapa tak perlu gusar?Itu semua ujian Tuhan untuk menguji keimananmu kepada-Nya serta menguji ketabahanmu pada ketentuan takdir-Nya.Sebenarnya, kehalusan peribadimu menjadi idaman setiap insan yang hanya mencari permata yang hakiki.
Dia tidak memandang pada keindahan luaran, tetapi dia hanya meneliti keindahan dalaman, kesempurnaan dari sudut agamanya,yang boleh membimbingnya ke arah jalan yang diredhai Tuhan.Insan seperti ini wujud setiap masa dan di mana-mana saja, cuma kuantitinya sahaja yang agak sedikit berbanding lelaki yang biasa.
Allah sendiri berfirman dalam Surah Ali ‘Imran(3:139) yang mana Allah menegaskan, “Janganlah kamu merasa lemah dan jangan pula kamu bersedih hati,sedangkan kamu orang yang tinggi darjatnya jika kamu beriman,”(ayat ini asalnya ditujukan buat muslimin yang ingin berperang di jalan Allah).
Biarpun ayat ini ditujukan umumnya buat mukminin kerana penggunaan kalimah yang bersifat muzakkar, tetapi ayat ini boleh juga ditujukan kepada wanita kerana di dalam Al-Quran ayat yang ditujukan buat lelaki sebenarnya ditujukan umum buat seluruh manusia lelaki dan perempuan.Jadi, bolehlah ditafsirkan bahawa ayat ini merupakan pujukan lembut daripada Allah buat insan yang beriman yang merasa lemah dan berduka.

Ya, mungkin pada pandangan orang lain dirimu tak sehebat mana kerana keindahanmu tersimpan rapi di dalam diri,namun ianya terserlah pada pandangan insan yang benar-benar memahami peribadi sebenar wanita bergelar muslimah sejati.
Ingatlah,wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik pula (An-Nur,24:26).Semuanya sudah diatur rapi oleh Tuhan.Wanita yang beriman tidak akan sekali-kali dimiliki oleh lelaki yang buruk akhlaknya dan lelaki yang beriman pula tak akan ditemani oleh perempuan yang buruk tingkah lakunya.Ini kerana perkongsian hidup antara yang baik dengan yang buruk tak akan serasi sama sekali.
Buat para muslimin,carilah permaisuri hati yang sempurna agamanya kerana merekalah yang mampu membawa kita ke taman impian di sana nanti,iaitu raudhatul jannah di negeri abadi, insya-Allah.Andai kau mengira permaisurimu tak seindah yang kau impikan, tak mengapa.

Tak dinafikan, memang fitrah manusia menyukai keindahan rupa, tetapi adakalanya apa yang kita suka itu tak semestinya baik untuk kita dan mungkin apa yang kita tak suka itu amat baik untuk kita.Itu semua ketentuan Tuhan.

Tunggulah, kecantikan sebenarnya akan terserlah di akhirat nanti.Pada saat itu barulah kau merasa benar-benar bersyukur kerana mempunyai isteri sebaiknya.Kecantikan di dunia hanyalah kecantikan sementara tetapi di sanalah kediaman yang abadi.Itulah janji Tuhan.Sesungguhnya,Allah tak akan sama sekali memungkiri janji-Nya.

Kesimpulannya di sini, keindahan seorang wanita hanya terletak pada kesempurnaan agamanya.Keindahan fizikalnya hanyalah perhiasan luaran anugerah sementara daripada Tuhan yang mungkin boleh lenyap apabila tiba masanya.Itulah fitrah manusia,tiada apa yang kekal pada kita.Oleh itu, buat semua muslimah, moga artikel ini menjadi penawar kegusaran hatimu. ^-^
p /s : dr ilmi islam