Cemburu
Ia merupakan satu
Perasaan yang kita
Tidak sedar bila hadirnya
Bila hilangnya
Sungguh ia datang secara tiba-tiba
Cemburunya aku
Apabila mereka bahagia
Cemburunya aku
Apabila mereka berjaya
Cemburunya aku
Apabila mereka bergembira
Cemburunya aku
Apabila ikatan ukhuwah mereka kuat
Bagai tali yang tidak akan putus
Tetapi adakah
Cemburu itu boleh terubat
Jika aku hanya berdiam diri
Hanya goyang kaki
Hanya menunggu nasib aku bergolek sendiri ?
HAHAHA lawak sungguh
Jika "ya pasti" jawapannya
Bagi aku , aku harus ubah diriku ini
Aku HARUS !
YE HARUS !
Mulalah wahai diri !
Sungguh masa itu tidak menunggu dirimu sayang !
Rabu, 20 November 2013
Jumaat, 13 September 2013
Emosi
Jika aku gembira
Tidak bermakna aku bahagia
Jika aku menangis
Tidak bermakna aku derita
Jika aku kesunyian
Tidak bermakna aku kehilangan
Jika aku marah
Tidak bermakna hati aku sakit
Kadangkala
Emosi itu perlu dipelbagaikan
Bosan !
Jika satu watak saja
Diketengahkan
Bosan !
Jika kita perlu marah
Akan kesilapan diri sendiri
Bosan !
Jika kita perlu menangis
Akan layanan orang lain terhadap kita
Bosan !
Jika kita perlu kesunyian
Apabila berjauhan dengan keluarga
Tuntasnya
Manusia punya pelbagai emosi
Agar hidup ini tidak bosan
p/s : rindu ibuayahangahatinacuroszaidarumahkeluargasemuasekali . Serius skrg bosn sbb roomate semua balik :(
Tidak bermakna aku bahagia
Jika aku menangis
Tidak bermakna aku derita
Jika aku kesunyian
Tidak bermakna aku kehilangan
Jika aku marah
Tidak bermakna hati aku sakit
Kadangkala
Emosi itu perlu dipelbagaikan
Bosan !
Jika satu watak saja
Diketengahkan
Bosan !
Jika kita perlu marah
Akan kesilapan diri sendiri
Bosan !
Jika kita perlu menangis
Akan layanan orang lain terhadap kita
Bosan !
Jika kita perlu kesunyian
Apabila berjauhan dengan keluarga
Tuntasnya
Manusia punya pelbagai emosi
Agar hidup ini tidak bosan
p/s : rindu ibuayahangahatinacuroszaidarumahkeluargasemuasekali . Serius skrg bosn sbb roomate semua balik :(
Khamis, 21 Februari 2013
Ku lihat kanak-kanak disini
Begitu asyik dengan dunia mereka
Bagai tiada apa yang perlu dirisaukan
Bagai tiada apa-apa musibah
Yang bakal menimpa
Namun ini berbeza
Dengan kanak-kanak di Gaza
Dimana hidup mereka tidak tenang kerna
Lepas satu , satu keluarga mereka dibunuh
Mereka hidup dalam ketakutan
Mereka hidup dalam tangisan
Mereka hidup dalam kekeliruan
Mengapa lepas satu, satu keluarga aku dibunuh?
Mengapa negara aku diserang?
Mengapa , mengapa dan terus mengapa?
Persoalan yang muncul di benak mereka
Kejadian yang menimpa diri mereka ini
Telah membuatkan mereka kuat
Berani menentang musuh
Bagi menegakkan keadilan !
Rabu, 20 Februari 2013
seorang gadis
Gadis itu
Seringkali di pandang serong
Oleh masyarakat disekelilingnya
Kononnya gadis itu
Kolot ! tidak up to date !
Apabila memakai jilbab labuh
Apabila mengajak berbuat baik
Apabila tidak bergaul bebas
Apabila tidak bersalaman
Dengan bukan mahramnya
Begitu hebat
Sindiran yang diterima
Oleh gadis itu
Dari masyarakat sekelilingnya
Begitu pedih hatinya
Menahan segala tomahan
Namun dia bukanlah
Sebarangan gadis
Yang membiarkan dirinya tewas
Dengan ujian dunia yang sementara ini
Baginya Allah sentiasa ada
Bersamanya dikala susah mahupun senang
Hanya pada Allah tempat untuk dia mengadu
Sesungguhnya hidup dia hanyalah
Untuk mendapat keredhaan Allah
Semata bukan untuk menyenangkan hati
Manusia
Seringkali di pandang serong
Oleh masyarakat disekelilingnya
Kononnya gadis itu
Kolot ! tidak up to date !
Apabila memakai jilbab labuh
Apabila mengajak berbuat baik
Apabila tidak bergaul bebas
Apabila tidak bersalaman
Dengan bukan mahramnya
Begitu hebat
Sindiran yang diterima
Oleh gadis itu
Dari masyarakat sekelilingnya
Begitu pedih hatinya
Menahan segala tomahan
Namun dia bukanlah
Sebarangan gadis
Yang membiarkan dirinya tewas
Dengan ujian dunia yang sementara ini
Baginya Allah sentiasa ada
Bersamanya dikala susah mahupun senang
Hanya pada Allah tempat untuk dia mengadu
Sesungguhnya hidup dia hanyalah
Untuk mendapat keredhaan Allah
Semata bukan untuk menyenangkan hati
Manusia
Selasa, 22 Januari 2013
Sabtu, 12 Januari 2013
Jumaat, 11 Januari 2013
Selasa, 8 Januari 2013
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya . Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu , maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia . Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah : "Wahai Tuhanku, kasihanilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil".
(Al-Israa' : 23-24)
p/s : i love both of you <3 nbsp="nbsp">3>
Jumaat, 4 Januari 2013
Kalau kita nak sesuatu yang baik , cantik , manis , beriman , soleh , solehah , bertakwa dan lain-lain , kita mesti jadi yang baik , cantik , manis, beriman , soleh , solehah , bertakwa dan lain-lain juga . Sebabnya pasangan or kawan kita adalah cerminan diri kita (^_^)v
Aduh ! terasa macam makan cili , Pedass yang amat ~
Khamis, 3 Januari 2013
2013
Assalamualaikum :)
Post pertama untuk tahun 2013 . Rasanya masih okey kot kalau nak ucapkan "Selamat Tahun Baru !" bombangbombang (bunyi bunga api) haha sungguh tidak menjadi bunga api tu . Rasa macam sekejap je masa berlalu . Pejam celik pejam celik dah tahun baru . Cepatkan .
Sekarang ini menjadi suri rumah sepenuh masa . Siapkan sarapan ,lunch , basuh baju dll . Nak cakap best , macam tak best tapi macam best je . Haha . Tiada pendirian betul . Bila cuti ini . Macam2 jenis perasaan muncul . Risau , Sedih , Rindu dan macam2lah lagi yang sama waktu dengannya . Kalau tengok kat fb , twitter semua , ramai yang menyatakan azam2 mereka untuk tahun ini .
Untuk kita , azam tahun ini tetap sama macam tahun lepas dan 2tahun lepas . ERK .. haha . Yang pasti saya nak jadi muslimah yang lebih baik daripada tahun sebelumnya .
Post pertama untuk tahun 2013 . Rasanya masih okey kot kalau nak ucapkan "Selamat Tahun Baru !" bombangbombang (bunyi bunga api) haha sungguh tidak menjadi bunga api tu . Rasa macam sekejap je masa berlalu . Pejam celik pejam celik dah tahun baru . Cepatkan .
Sekarang ini menjadi suri rumah sepenuh masa . Siapkan sarapan ,lunch , basuh baju dll . Nak cakap best , macam tak best tapi macam best je . Haha . Tiada pendirian betul . Bila cuti ini . Macam2 jenis perasaan muncul . Risau , Sedih , Rindu dan macam2lah lagi yang sama waktu dengannya . Kalau tengok kat fb , twitter semua , ramai yang menyatakan azam2 mereka untuk tahun ini .
Untuk kita , azam tahun ini tetap sama macam tahun lepas dan 2tahun lepas . ERK .. haha . Yang pasti saya nak jadi muslimah yang lebih baik daripada tahun sebelumnya .
Semoga hamba Allah ini dapat menjadi a better muslimah
Langgan:
Catatan (Atom)