Isnin, 27 Februari 2012

Aku tidak punya apa-apa

Aku ini hanyalah manusia biasa
Yang tidak punya apa-apa
Tiada kelebihan yang perlu dibanggakan
Tiada kekurangan yang perlu ditangiskan

Aku merasa amat bahagia
Dengan apa yang aku punya
Walaupun kadangkala
Aku mencemburui
Dengan apa yang orang lain miliki

Kerna apa?
Kerna,aku tidaklah secantik mereka
Kerna,aku tidaklah sepandai mereka
Kerna,aku tidaklah sekaya mereka
Kerna,aku tidak layak,
Memasuki sekolah pandai seperti mereka

Mungkin kerna itu
Aku dipandang rendah oleh mereka
Mungkin kerna itu
Keluargaku juga tidak dilayan seperti yang lain

Puas aku menangis
Mengenangkan nasib itu
Puas aku menangis
Meratapi semua ini

Akhirnya, aku tenang
Aku mula terfikir
Bahawa, Rasulullah juga pernah mengalaminya
Namun, beliau tidak pernah merungut
Beliau tidak pernah menyalahkan takdir

Malah, beliau hadapi dengan tenang
Tetapi aku?
Aku menganggap masalah ini terlalu besar
Sehingga tiada jalan penyelesaian

Namun sekarang, ianya tidak lagi
Aku mahu menjadi sekuat Rasul ku
Jadi, aku harus berusaha
Berusaha mencapai keputusan yang cemerlang
Agar keluargaku tidak dipandang rendah lagi

p/s : buruk sangat ke orang pakai tudung labuh ni?sehinggakan sedara sendiri tak nak mgaku sedara. Allahhuakbar :(

Khamis, 23 Februari 2012

5 Anggerik

Wahai rakan seperjuanganku
Begitu bertuahnya kita semua
Kerna berpeluang menuntut ilmu
Berpeluang mengenali antara satu sama lain
Di dalam kelas yang indah namanya
Iaitu Anggerik, bunga yang amat cantik

Namun, kita semua jauh berbeza
Berbanding bunga Anggerik itu
Dimana bunga Anggerik itu 
Apabila disiram,ia membiak
Apabila dibaja, ia berbunga

Memang jauh berbeza antara
Kita dengan bunga Anggerik, kerna
Apabila dinasihat,kita memberontak
Apabila dimarahi, kita mencaci

Aku merasa, kita semua
Selayaknya mendiami
Kelas yang diberi nama keladi
Dimana tidak basah, apabila
Dijirus air ke atas daunnya

Bukankah ianya seperti kita semua?
Berkali kali diberi nasihat
Berkali kali dimarahi
Tetapi masih tiada perubahan dalam diri

Malah, kita semua 
Semakin"teruk"
Semakin "malas"
Semakin menjadi-jadi perangainya

Tidak malukah kita semua
Terhadap orang-orang disekeliling
Yang memerhatikan sikap kita semua
Yang mendengar tentang perangai kita semua

Mungkin ada sesetengah dari kita semua
Akan mengatakan "ada aku kesah?"
Namun sedarlah kalian
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

Sedarlah warga Anggerik
Tahun ini, tahun bermakna bagi kita semua
Dimana kita akan menduduki peperiksaan SPM
Kira-kira 9 bulan akan datang
Pejam celik pejam celik
Masanya akan tiba jua rakan rakan ku

Jadi, berubahlah rakan-rakanku
Hanya setahun ini sahaja
Kalian diperlukan untuk berkelakuan baik
Berkelakuan seperti pelajar SPM dan
Berkelakuan seperti pelajar 17 tahun

sekian~

p/s: kesian cikgu Noraini . Harap Allah kurniakan kesabaran yang tinggi terhadap cikgu . Amin~



Jumaat, 17 Februari 2012

Kisah Perindu Cinta Yang Sejati


Hatiku tenteram dan damai jika aku diam sendiriketika Kekasih bersamakucintaNya padaku tak pernah berbahagidan dengan benda yang sana selalu mengujikubilakah dapat kurenungi keindahanNya?
Dia akan menjadi mihrabkudan arahnya menjadi kiblatkubila kumati kerana cinta, sebelum terpuaskanakan terseksa dan lukalah aku di dunia inioh penawar jiwaku, hatikuadalah santapan yang tersaji bagi mahuNyabarulah jiwaku pulih jika telah bersatu denganMuoh sukacita dan nyawaku moga kekal lahdan diriMu juga berahiku berasaldari semua benda fana di dunia inidiriku telah terceraihasratku adalah bersatu denganMumelabuhkan rindu
~Rabiatul Adawiyah
Kisah seorang wanita yang cintanya hanya kepada Illahi menjadi kisah abadi yang dikenali. Wanita yang meletakkan cintanya hanya kepada Illahi ini menjadi taudalan bagi kita manusia dalam mengejar cinta Allah yang sejati dan hakiki. 
Rabi'ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Beliau lahir sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Beliau lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.
Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara' serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.
Bapa Rabi'ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi'ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi'ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.
Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi'ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman.
Ayuh kita teliti ucapan Rabi'ah sewaktu kesunyian di keheningan malam ketika bermunajat kepada Allah:
"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
"Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
"Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
"Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu."
Rabi'ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:
"Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa."
Setiap malam begitulah keadaan Rabi'ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi'ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
"Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu."
Seperkara menarik tentang diri Rabi'ah, dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:
"Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun."
Rabi'ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi'ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.
Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:
"Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu."
Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
"Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun."
Rabi'ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:
"Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?"
Kecintaan Rabi'ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.
"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu."
Begitulah keadaan kehidupan Rabi'ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi'ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!
Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar."
Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:
"Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan."
Rabiatul Adawiyah pecinta illahi yang abadi mengajar kita semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah. Ia juga melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.
Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Allah jugalah tempat kita berlindung dan bergantung. Hal ini dapat membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian diperkukuhkan dengan mencintai suruhan dan perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.
P/s: copy dr iluvislam.com

Isnin, 13 Februari 2012

Dialah ibuku


Aku hanyalah manusia biasa,
Yang mempunyai cita-cita dan impian,
Aku tidak harus berputus asa,
Untuk mencapai cita-cita dan impian.

Cita-citaku ingin menjadi Doktor Psikologi,
Membantu orang yang sakit luar dan dalam,
Namun, ibu sarankanku menjadi Doktor Gigi,
Kerana pekerjaan itu tiada tekanan di dalam.

Selain Muhammad, aku juga mengagumi,
Seorang wanita yang amat aku sayang,
Dialah ibu , emak dan umi,
Iaitu Nor'Aishah Salleh yang tersayang.

Walaupun masalah menghampiri,
Ibu tetap tenang menghadapi,
Baginya, kita kena harungi onak duri,
Untuk mencapai impian yang diimpi.

Kejayaan ibu itu,
Telah membuktikan bahawa,
Walaupun tua kertu,
Ibu mampu berjaya dengan penuh berwibawa.

Jadi, wahai diriku sayang,
Awak juga pasti boleh,
Mencapai cita-cita yang tersayang,
Untuk buktikan anak ibu juga boleh.

p/s: rasa bersalah sangat dengan Roszaida . Maaf, bukan kau orang yang kita maksudkan
p/s: rindu sangat dengan acu haliza tetapi ego menghalang untuk menyatakannya




Sabtu, 11 Februari 2012

Muslimah

Sang kerdil dan pemadam



Kadangkala
Aku merasakan
Diri ini
Terlalu kerdil
Terlalu jelek
Berbanding
Orang-orang disekeliling

Kadangkala
Aku merasakan
Aku hanyalah
Seperti pemadam
Di mana
Aku digunakan
Apabila ingin memadam
Sesuatu abjad
Selepas itu
Aku dibiarkan
Begitu sahaja

Puas aku menahan
Sakitnya hati ini
Puas aku menangis
Mengenangkan nasib ini
Puas aku merintih
Mengadu pada Yang Esa

Akhirnya
Aku sedar
Kerdilnya aku bersebab
Supaya aku tidak riak
Supaya aku tidak takbur

Aku juga sedar
Pemadam itu
Mempunyai pengorbanan
Yang sangat besar
Demi kepuasan
Penggunanya
Ia sanggup menahan
Sakit dibadan
Demi memadam
Sesuatu abjad itu

Kini
Aku tekad untuk
Menjadi  kerdil
Dan
Menjadi pemadam itu

p/s : agak terasa dengan sikap seorang hamba Allah itu terhadap diri kerdil ini . Serasa diri ini seperti lembu pun ada . Mungkin orang tu lupa yang diri ini juga manusia :)

Khamis, 9 Februari 2012

Kata Hikmah


Selasa, 7 Februari 2012

Roda dan hidup



Hidup ini diibaratkan
Sebagai sebuah roda
Roda yang sering berpusing
Apabila digulingkan

Apabila ianya berpusing
Ada bahagian 
Yang akan berada di atas
Dan ada juga 
Yang akan berada di bawah

Kedudukan itu akan sentiasa
Sentiasa berubah
Sentiasa bertukar
Tanpa kita dapat sedar 
Yang bahagian bawah itu
Sudah sampai ke atas
Dan yang di atas itu
Sudah berada di bawah

Bukankah ianya seperti
Seperti hidup kita?
Apabila kita di atas 
Kita mungkin lupa pada
Orang yang dibawah
Dan apabila dibawah
Pasti kita impikan 
Kedudukan seperti yang diatas

Setelah kedudukan itu 
Bertukar kembali
Orang yang pada
Mulanya diatas
Pasti merasa sedih
Menyalahkan takdir
Manakala
Orang yang pada
Mulanya dibawah
Pasti berasa bangga
Akan kedudukan 
Yang dikecapi

Mungkin mereka lupa
kedudukan roda itu 
Akan bertukar kembali

Jadi
Janganlah kita
Bersikap bangga diri
Merendah diri
Yang tinggi
Dalam diri

Jadilah
Seorang yang sederhana
Yang dapat
Mengawal dirinya
Untuk tidak bersikap
Terlalu, terlalu dan terlalu
Dengan sesuatu keadaan

Khamis, 2 Februari 2012

Lelaki soleh


Aku kagum melihat seorang JEJAKA,
Tampannya sukar DITERJEMAH,
Bukan dari PARAS RUPA tapi pada AKHLAKnya..

Pabila AZAN dengar ditelinga,
Dialah orang PERTAMA menujunya,
Bukan kerna SUKA SUKA tapi untuk MENUNAIKAN seruannya....

Dia sabar bila ditimpa MUSIBAH,
Membuatkan IMANnya makin BERTAMBAH,
Dia lebih TAWAKAL dan juga REDHA bila USAHA telah dilakukanya...

Muamalatnya amat TERJAGA,
Pergaulan lelaki dan wanita amat DIAMBIL kira,
Kerna takut ALLAH akan menjadi MURKA dirinya juga yang kecewa..

Ilmu yang ada diKONGSIkannya, 
Buat amalan manusia dan juga DIRInya, 
Senyum tidak penah lekang DIMUKA pabila DAKWAh dilakukannya....

Pabila bertembung dengan MUSLIMAH,
Pasti PANDANGAnya turun ke BAWAH,
Bukan JIJIK atau apa cuma MENJAGA iman di DADA...

Ibu dan Ayah diHORMATInya,
Tanda SAYANG dan juga CINTA,
Bukan kerna TERPAKSA tapi untuk mendapat REDHA TUHANnya...


p/s : copy dr kak hafizah (fb)